TANAH Tinggi Cameron adalah antara destinasi yang sering menjadi pilihan pengunjung untuk meluangkan waktu bersama keluarga.

Suhu sekeliling yang sejuk lantaran kedudukannya di Banjaran Titiwangsa menjadikan pusat peranginan ini berbeza daripada lokasi pelancongan lain di Malaysia.

Suasana dingin, dikelilingi alam semulajadi, ladang teh serta kebun strawberi menjadikan tarikan utama pengunjung ke Cameron Highlands.

Setelah beberapa bulan tidak menerima kunjungan pelancong, Cameron Highland kini semakin sejuk dan berkabus.

Melalui perkongsian beberapa pengguna Facebook, kawasan tanah tinggi itu dilitupi kabus tebal.

Malah suhu persekitaran juga serendah 17°Celcius menjadikan suasana sekeliling kedinginan. Penduduk tempatan menyifatkan kesejukan dirasai ‘hingga ke tulang.’

Perkongsian foto sekitar tanah tinggi itu menggamit memori warganet. Malah rata-rata berpendapat keadaan Cameron Highlands yang kembali sejuk dan berkabus adalah susulan daripada kurangnya pengunjung ke sana.

Baca juga Bestnya, Ustaz Buat Kebun Strawberi Sepanjang PKP Sampai Jadi, Dah Macam Cameron Highlands

-“Covid membuatkan alam membersihkan diri, suasana segar kembali. Hutan kembali menghijau dan udara bersih tanpa asap kenderaan.”

-“Wah, sejuknya macam di luar negara.”

Malah ada juga yang meluahkan kerinduan untuk mengunjungi tanah tinggi itu.

-“Bila lagi dapat ke sini, rindu pula untuk berada di tempat sejuk.”

Iklan

-“Harap negara kita bebas Covid-19 secepat mungkin, lepas itu boleh pergi Cameron Highland.”

-“Rindunya suasana Cameron Highland.”

Baca juga Rugi Tak Singgah 13 Lokasi Menarik Ini Bila Jejak Bumi Cameron Highlands

Iklan

Tentu ramai sudah tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke Cameron Highlands selepas melihat gambar ini.

Diharapkan selepas penularan Covid-19 terkawal dan aktiviti merentas negeri dibenarkan, kita dapat merancakkan kembali industri pelancongan negara.

Sumber: Facebook Gambar Menarik Cameron Highlands