DISEBABKAN wabak pandemik Covid-19 yang melanda dunia, pintu sempadan negara juga belum dibuka. Kita masih belum dibenarkan ke luar negara. Kini antara lokasi popular tempatan yang menjadi tumpuan ramai ialah Cameron Highlands.

Tambahan pula Cameron Highlands sering menjadi tumpuan masyarakat Malaysia sebagai tempat pelancongan dalam negara.

Kini, pasti ramai yang mengambil peluang untuk menghirup udara segar di Cameron Highlands. Betul tak?

Kalau korang ada plan nak ke sana, jom SinarPlus kongsikan antara 13 tempat wajib korang serbu setiba di sana.

1.Boh Tea Centre

Rugi tak singgah 13 lokasi menarik ini bila jejak bumi Cameron Highlands

Kalau korang nak tahu terdapat dua ladang teh Boh di Cameron Highlands, iaitu Boh Tea Center Ringlet dan Boh Tea Center Sungai Palas.

Ladang tanaman yang luas menghijau dengan cuaca dingin membuatkan Boh Tea Center ini antara port lepak terbaik.

2. Ladang Teh Cameron Valley/Bharat Tea

Rugi tak singgah 13 lokasi menarik ini bila jejak bumi Cameron Highlands

Lokasi yang strategik dan tidak tersorok seperti ladang teh Boh membuatkan tempat ini lebih mudah untuk dijumpai. Korang juga boleh shopping teh keluaran Bharat Tea yang tak kurang sedapnya.

3. Big Red Strawberry Farm

Rugi tak singgah 13 lokasi menarik ini bila jejak bumi Cameron Highlands

Ada macam-macam produk makanan berasaskan strawberi yang korang boleh dapatkan di sini.

Antaranya adalah seperti waffle, aiskrim sundae, muffin, tart, scone, milkshake dan banyak lagi.

Semuanya memang sedap. Rugi kalau tak try!

4. Kebun strawberi

Rugi tak singgah 13 lokasi menarik ini bila jejak bumi Cameron Highlands

Ada banyak sebenarnya kebun strawberi yang korang boleh kunjungi untuk merasai sendiri pengalaman memetik strawberi di Cameron Highlands, seperti:

  • KHM Strawberries & Jam, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata
  • EQ Strawberry Farm, Brinchang
  • Kok Lim Strawberry Farm, Brinchang
  • Raju’s Hill Strawberry Farm

5. Cactus Valley Farm

Rugi tak singgah 13 lokasi menarik ini bila jejak bumi Cameron Highlands

Peminat tumbuhan kaktus mesti ‘gila’ kalau datang ke Cactus Valley Farm ni. Daripada sekecil-kecil saiz kaktus, sampailah yang paling besar pun ada.

6. Cameron Adventurous

Rugi tak singgah 13 lokasi menarik ini bila jejak bumi Cameron Highlands

Siapa kata datang Cameron Highlands kena buat aktiviti petik strawberi je? Korang boleh juga cuba aktiviti lasak seperti menaiki 4×4 Safari, ATV Safari dan ATV Extreme di ladang teh. Style gila kan?

Dengan cuaca sejuk buat aktiviti ekstrem, confirm syok gila.

7. Pasar Kea (Kea Farm)

Rugi tak singgah 13 lokasi menarik ini bila jejak bumi Cameron Highlands

Iklan

Pasar sayur-sayuran yang terletak di puncak di antara Tringkap dan Brinchang. Sayurannya segar dan kebanyakkannya lebih murah berbanding tempat lain. Bukan sayur je, pelbagai jenis bunga segar juga korang boleh dapatkan disini.

8. Lavender Garden

Rugi tak singgah 13 lokasi menarik ini bila jejak bumi Cameron Highlands

Taman ini bukan hanya khusus untuk tuumbuhan lavender, malah ia juga menggabungkan dengan bunga-bungaan yang lain. Kalau nak try aiskrim warna ungu, disinilah tempatnya.

9. Avani Chocolate

Rugi tak singgah 13 lokasi menarik ini bila jejak bumi Cameron Highlands

Avant Chocolate telah menanam strawberi dan menghasilkan coklat terbaik sejak 1995 lagi. Kalau korang suka dengan coklat, mesti akan rambang mata sebab ada macam-macam jenis coklat dekat sini. Aiskrim pun ada tau!

10. Time Tunnel Museum

Rugi tak singgah 13 lokasi menarik ini bila jejak bumi Cameron Highlands

Kalau korang sejenis yang suka mengimbau masa-masa dulu, muzium ini mempunyai koleksi bahan pameran yang mungkin korang pernah guna time kanak-kanak dulu. Barang pamerannya juga unik dan menarik.

Iklan

11. Nasi Lemak Sambal Strawberi

Rugi tak singgah 13 lokasi menarik ini bila jejak bumi Cameron Highlands

Macam mana rasanya nasi lemak sambal strawberi ni eh? Ha, korang kena la datang sendiri untuk mencuba menu viral ini di 200 Seeds Café. Ada yang datang dari jauh semata-mata nak cari nasi lemak ni tau. Pasti berbaloi.

12. Rose Centre

Rugi tak singgah 13 lokasi menarik ini bila jejak bumi Cameron Highlands

Argh mesti tenang gila kalau dapat tengok kebun bunga depan mata kan? Ada lebih daripada 100 jenis bunga mawar, termasuklah yang berwarna hitam dan hijau.

13. Air Terjun Robinson

Rugi tak singgah 13 lokasi menarik ini bila jejak bumi Cameron Highlands

Kalau nak kelainan daripada melawat ladang teh dan petik strawberi, korang boleh try aktiviti jungle trekking atau mandi manda di air terjun Robinson. Tapi tak tahu la macam mana sejuk airnya tu kan.

So apa lagi guys, siapa yang tinggal di Lembah Klang ni boleh balik hari je ke Cameron Highlands. Bukan jauh pun. Let’s hujung minggu ni.