3 makanan bantu kurangkan rasa lapar dan 3 cara berfikir untuk kurus dan sihat
ADA masanya kita menyedari diri sendiri sudah makan lebih daripada had sepatutnya. Ironinya, biasanya perut tetap rasa lapar dan mahu mengunyap bukan?
Pada yang tidak tahan, pasti akan tewas dengan tabiat berterusan mahu memasukkan sesuatu ke dalam mulut
yang boleh mengatasi rasa lapar itu. Lebih teruk 'terbabas' terus daripada had sepatutnya.
Sebahagian yang lain pula barangkali sanggup berlapar menahan perut.
Justeru bagaimana hendak mengatasi rasa lapar itu agar tubuh, jiwa dan raga tidak terus terseksa?
Makanan apa yang kurangkan rasa lapar. Makan dan rasa kenyangnya lama. Best kan kalau ada makanan macam ni?
Bila makan saja dah tak rasa nak mengudap atau berjajan lagi. Rupanya ada makanan yang dapat kurangkan rasa lapar.
Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak, Dr Rizal Abu Bakar berkongsi tiga jenis makanan yang beri kesan kenyang lama:
1. Kacang cerdik atau pistasio. Jumlah 43 biji. Kajian oleh In U.S. Agricultural Research Service. Tambah cerdik bila makan bukan seperti pendapat kata makan 7 biji kismis jadi cerdik.
Walaupun kecil pistasio kaya dengan fiber. Fiber inilah beri kesan rasa kenyang yang lama. Lebih menarik lagi pistasio ini kaya dengan vitamin B6.
Vitamin B6 ini stabilkan gula dalam darah. B6 juga penting untuk pembentukan hemoglobin darah - yang kerjanya oksigen dalam sel darah merah.
2. Minyak Zaitun. Campurkan dalam makanan yang telah siap dimasak. Bukan masak minyak zaitun.
Kajian dari Technische Universität München (TUM) dan the University of Vienna dapati kesan rasa kenyang atau satiety berlaku apabila neurohormon serotonin juga meningkat di dalam darah. Serotonin adalah hormon yang jaga kestabilan mood, selera, memori dan aktiviti seksual.
Menurut pengkaji rahsianya terletak pada dua jenis bau atau aroma minyak zaitun iaitu Hexanal and E2-Hexanal.
3. Avokado. Ni lah pemenang pertama. Avokado kaya dengan lemak sihat dan fiber. Dua anugerah utama sebabkan hormon lapar ghrelin menurun dan malu untuk naik dalam jangka masa panjang.
Lebih menarik lagi avokado sebabkan dua peptide rasa kenyang naik iaitu peptide GLP-1 dan PYY. Detail kajian ini ada dalam Faseb Journal tahun 2017.
Dalam kajian lain yang lebih terkini di jurnal Nutrients (2019) pula dapati peserta kajian yang obes hanya rasa lapar selepas 6 jam mengambil avokado.
Ketiga makanan ini antara 3 pemenang awal. Ada lagi makanan lain yang bantu beri rasa kenyang. 3 ini lebih hebat lagi.
"Oh ya. Satu perkara hebat tentang avokado. Makan avokado boleh hilang perut mengandung abam abam. Hakak hakak nak badan lentik pun boleh cuba. Kurus secara natural tanpa lapar," katanya
Artikel berkaitan: 7 jenis makanan, minuman sebabkan gastrik lebih teruk. Ini diet sepatutnya!
Dalam pada itu menurut Dr Rizal, 3 cara untuk berfikir bagi membantu kurus dan sihat:
1. Usah panggil diet. Kata-kata "aku sedang diet" kurang bantu. SEBABNYA? Maksud diet kita tidak sama dengan maksud sebenar.
Sebut "aku makan makanan sihat.” “Aku makan real food”
2. Kenal pasti fikiran negatif. Ganti dengan yang positif. "Sikit jer makan ni. Nanti diet balik" adalah contoh fikiran negatif. Menjerat diri. Heret ke kancah sakit dan derita.
3. Kenal pasti trigger dan punca craving. Programkan di minda kita sukakan makanan lain. Gemar makanan lain.
Elak dan jauhi makanan dan minuman punca kepada craving.
"Sila buat dengan bangganya," kata Dr Rizal
Sumber: neuroversiti
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang