7 jenis makanan, minuman sebabkan gastrik lebih teruk. Ini diet sepatutnya!

A
A
A

RAMAI yang mengadu ada masalah gastrik, tapi tidak mengamalkan diet yang sebenarnya. Lebih teruk ada yang makan sesuka hati, tanpa memikirkan akibat di kemudian hari.

Apakah diet sepatutnya untuk pesakit gastrik?

Ini kongsi Dietitian, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Mohd Khairul Azuan Din di Facebooknya:

Gastritis (gastrik) adalah keadaan yang mana berlaku inflamasi pada bahagian dinding perut. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba atau ada juga yang kronik, maksudnya kerap berlaku dalam jangka masa panjang, kata Mohd Khairul.

Mohd Khairul Azuan Din

Pemakanan atau diet yang baik adalah sangat penting untuk kesihatan perut dan keseluruhan kesihatan.

1. Makan sikit tetapi lebih kerap - setiap 2-3 jam

2. Elakkan makanan yang memberi simptom gastrik (dibincangkan di bawah)

3. Lebihkan ambilan kompleks karbohidrat yang rendah glisemik indeks dalam makanan seharian seperti roti perang, oat, beras perang dan buah-buahan.

4. Jangan tinggal/ skip waktu makan utama dan snek

5. Jika mahu makan protein, gabungkan dengan sedikit karbohidrat dan serat. Buat snek seperti wrap.

6. Jangan baring dalam 2 jam selepas makan.

7. Berhenti merokok.

8. Minum air yang cukup seharian ~ 2 liters

Dalam pada itu, Mohd kharul juga menyenaraikan antara makanan yang boleh membantu mengawal dan mengurangkan simptom gastritis iaitu:

1. Makanan tinggi serat seperti roti meal penuh, buah-buahan yang tidak masam, brokoli, sayuran berdaun dan beras perang.

2. Pilih makanan protein rendah lemak seperti ikan dan dada ayam.

3. Sayuran hijau - kerana lebih beralkali.

4 . Ambil probiotik dalam diet seperti dalam yogurt atau dalam minuman Yaku*t . Kimchi pun ada probiotik.

Di bawah pula adalah makanan yang akan menjadikan simptom lagi teruk, jika anda mempunyai gastritis yang kronik.

1. Alkohol

2. Kopi pekat

3. Buah berasidik seperti tomato atau lemon

4. Jus buah

5. Makanan berminyak/bergoreg/bersantan/berlemak tinggi

6. Air berkarbonat

7. Makanan pedas

Jika sudah terkena gastrik, apa makanan yang boleh membantu?

- Apple sauce - mempunyai pectin yang memperlahankan penghadaman dalam perut.

- Kentang lenyek- tinggi serat yang bagus untuk penghadaman.

- Yogurt tanpa gula - membantu dalam penambahan probiotik. Boleh tambah epal atau buah lain yang sesuai.

Selalunya simptom akan hilang dalam 24 hingga 48 jam selepas mula mengambil makanan lembut.

Jika simptom tidak hilang, sila berjumpa doktor anda.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca