3 sebab ibu bapa dilarang cium mulut anak walaupun mereka masih kecil
ACAPKALI kita terlihat gambar atau video-video yang memaparkan ibu bapa mencium mulut anak-anak sebagai tanda kasih sayang.
Namun demikian, bagi ibu bapa yang beragama Islam, ketahuilah bahawa perbuatan seperti itu adalah tidak digalakkan.
Perkara itu turut mendapat perhatian Dr Taufik Razif.
Katanya, sejak akhir-akhir ini, menjadi trend ibu bapa yang gemar mencium mulut anak sebagai tanda kasih sayang yang tidak terhingga.
“Sebenarnya sayang macam mana sekalipun ibu bapa, dilarang untuk cium di bahagian mulut anak walaupun mereka masih kecil,” Dr Taufik melontarkan hujahnya.
Antara sebab-sebab mengapa ibu bapa dilarang berbuat demikian:
1. Boleh merangsang syahwat
Bibir merupakan kawasan sensitif yang boleh merangsang syahwat. Dr. Charlotte Reznick, seorang penulis, psikologi pendidikan dan anak di Universiti California Los Angeles, berpendapat bahawa akan ada kesan buruknya jika ibu bapa selalu mencium bibir anak-anak.
"Ketika seorang anak mencapai usia 4, 5 atau 6, keinginan seksualnya pada usia itu sudah mula datang (dan ada juga anak-anak yang keinginan seksualnya datang lebih awal pada usia 2 atau 3 tahun) dan ciuman di bibir akan mendorong keinginan seksual (syahwat) mereka."
2. Mulut tempat pindahkan kuman
Ada bayi yang terkena penyakit berjangkit kerana bibirnya seringkali dicium. Ingatlah bahawa, mulut boleh memindahkan kuman melalui ciuman bibir kerana kuman tersebut boleh masuk ke dalam tubuh. Pelbagai jenis penyakit boleh disebarkan melalui mulut.
3. Rasul dan para sahabat hanya mencium pipi anak mereka
Mencium pipi merupakan tanda kasih sayang orang tua kepada anaknya. Hal ini diperbolehkan untuk dilakukan.
Namun ada bahagian tertentu yang disarankan untuk dicium iaitu pada bahagian pipi seperti yang pernah dilakukan oleh Saidina Abu Bakar ketika mencium puterinya, Aisyah.
“Aku masuk bersama Abu Bakar menemui keluarganya, ternyata Aisyah puterinya sedang berbaring kerana diserang sakit panas yang tinggi. Maka aku melihat ayahnya, Abu Bakar, mencium pipinya seraya bertanya:
“Bagaimana keadaanmu, wahai puteriku?” (HR. Al-Bukhari no. 3918).
Artikel berkiatan: Teknik urutan ‘I Love You’ pada bayi, boleh amalkan jika alami masalah kembung perut
Walaupun tiada hadis khusus berkaitan perkara ini, tetapi ibu bapa sememangnya tidak digalakkan untuk mencium anak pada bahagian mulut. Cukuplah sekadar menunjukkan kasih sayang pada anak dengan pelukan dan ciuman di pipi.
Sebenarnya ada empat tempat ciuman dan dua tempat gosokan yang digalakkan pada ibu bapa melakukannya pada anak.
1. Ciuman di kepala (ciuman kebanggaan)
Bila kita rasa berbangga dengan pencapaian anak kita. Contohnya dia berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan, cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita.
2. Ciuman di dahi (tanda reda)
Bila anak kita buat sesuatu yang membuatkan kita rasa reda dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.
3. Ciuman di pipi (ciuman rindu)
Bila ambil anak daripada taskda atau bila anak baru pulang dari sekolah, tempat terbaik nak cium adalah di bahagian pipi.
4. Ciuman di tangan (ciuman kasih sayang)
Ciuman di tangan sangat istimewa, sebab itu kita perlu mengajar anak kita mencium tangan kita bagi menzahirkan rasa hormat dalam diri.
Di samping itu, ibu bapa juga boleh gosokkan dua tempat ini pada anak.
“Gosok di belakang leher kalau anak-anak nampak risau atau tidak tenteram.“Gosok di dada pula sangat mujarab untuk mengurangkan kenakalan anak-anak. Sambil gosok itu, ibu bapa boleh cuba selawat dan baca surah-surah pendek seperti Al-Fatihah atau Ayat Kursi,” kongsinya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang