Ayam garlic butter versi jimat masa
JIKA korang sedang mencari menu yang paling ringkas tapi enak, inilah masa sesuai untuk mencuba resipi ayam mentega bersama bawang putih ini.
Selain ia boleh membuka selera, rasanya yang lemak, pedas, dan masin semestinya menjadi pelengkap hidangan.
Yang menariknya, menu ini tidak akan membuatkan korang muak kerana dia agak kering sedikit tak seperti menu mentega lain.
Ayuh, kita cuba buat ayam mentega bersama bawang putih ini.
Bahan-Bahan: (untuk 3 orang)
- 6 ketul ayam 1 batang daun kari
- 2 biji cili padi dihiris nipis
- 6 ulas bawang putih ditumbuk
- 3 ulas bawang merah ditumbuk
- 1/2 buku butter
- 1 cawan susu cair
- Sedikit garam dan gula
- Sedikit minyak untuk menumis
- Tepung jagung
Cara Memasak:
1. Gaul ayam dengan tepung jagung dan goreng (tepung jagung tak perlu dibancuh dengan air). Kemudian ketepikan.
2. Panaskan minyak (tuang kira-kira 3 sudu besar minyak), tumis bawang putih dan bawang merah, cili padi serta daun kari.
3. Bila telah naik bau, masukkan butter dan susu cair. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Kacau hingga kuah agak pekat dan masukkan ayam.
4. Kacau hingga semua kuah bersalut dengan ayam dan tutup api.
Boleh juga cuba Ini resipi sambal cili api telur rebus goreng menggoda
Siap! Selamat mencuba.
Sumber: Mama6
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang