Ayam goreng kari dengan kentang menu sangat ringkas & mudah ibu wajib cuba

A
A
A

Ayam goreng kari dengan kentang menu sangat ringkas & mudah ibu wajib cuba

TIADA idea nak masak lauk apa untuk makan tengahari atau malam?

Apa kata cuba masak ayam goreng kari dengan kentang ini.

Memang dijamin sedap dan sesuai untuk anda yang menggemari juadah ringkas.

Ada satu lauk ini pun dah cukup untuk makan dengan nasi putih, memang buat selera makan bertambah.

Sudahlah ringkas, nak buatnya pun mudah. Campak-campak goreng sekejap, tumis kemudian gaul manja dah siap!

Bahan-bahannya;

  • 1 ekor ayam digoreng

A (dikisar)

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Cili padi

Cuba juga 5,800 share, resipi ayam goreng berempah tauke katering serdak rangup enak berperisa, ini sukatan untuk seekor

B

  • Bawang merah dimayang
  • Bawang putih dimayang
  • Serai diketuk
  • Daun kari
  • Bawang Holland dimayang

Cuba juga Rangupnya! Resipi ayam goreng garing krup krap sedap, rahsianya kena salut bahan ini

C

  • Rempah kari daging (2 sudu besar) dan kari ikan (1 sudu besar)
  • Kentang (dipotong weges) digoreng

Cara membuatnya;

1. Tumis bahan B sehingga naik bau dan kekuningan layu. Setelah setelah bahan B kekuningan, masukkan bahan kisar A. Tumis sehingga pecah minyak.

2. Kemudian masukkan rempah kari, gaul rata masukkan sedikit air. Masukkan juga garam, serbuk perasa dan gula.

3. Setelah pekat, masukkan ayam serta kentang yang telah digoreng. Gaul sekata.

Siap untuk dihidang bersama nasi panas!

Selamat mencuba!

Sumber: Cahaya Kasih Firdausi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca