HomeLifestyleRangupnya! Resipi ayam goreng...

Rangupnya! Resipi ayam goreng garing krup krap sedap, rahsianya kena salut bahan ini

Rangupnya! Sedapnya ayam goreng garing krup krap, rahsianya kena salut bahan ini

AYAM goreng garing dan rangup macam ni ramai peminatnya terutamanya kanak-kanak.

Ayam goreng sajian versatil boleh dijadikan hidangan sampingan untuk dimakan dengan nasi atau hidangan barat. Cecah dengan sos cili pun layan, rangup sampai ke tulang!

Terliur ayam goreng di gerai, apa kata buat sendiri. Tak perlu guna seratus peratus tepung goreng ayam yang dijual tu, campurkan dengan bahan ini bolehlah kurangkan kos barang dapur.

Baca juga: Sedapnya bingka ubi kayu bakar guna air fryer, mudah dan cepat, tak perlu oven

Sekarang anda boleh berjimat-cermat dengan resipi yang dikongsikan Yayar Awang Noh ini.

Yayar yang merupakan usahawan nasi campur berkata tepung goreng rangup homemade boleh disediakan awal dan disimpan di dalam bekas yang kedap.

“Saya kongsikan resipi tepung ayam goreng yang saya buat mencari rezeki. Adunan tepung ni banyak dan boleh disimpan.

“Ayam goreng tepung ni menu utama. Saya gunakan tepung segera. Biasalah kami peniaga akan cari paling murah.

“Bagi menampung kos tepung. Ada tepung campuran yang saya proses sendiri. Mari saya ajar bancuhannya,” kongsi Yayar.

Baca juga: Petua stok cili boh tahan berbulan tak berkulat, masukkan bahan ini masa rebus & blender

 

TEPUNG AYAM GORENG RANGUP

Bahan-bahan

700 gram tepung gandum
1kg tepung beras
300 gram tepung ubi kayu
3 sudu teh serbuk lada putih
7 sudu besar stok ayam serbuk
7 sudu besar serbuk perasa
7 sudu besar garam

Cara penyediaan:

1-Serbuk perasa dan garam campur dan kisar menggunakan pengisar kering sehingga halus.

2-Campur semua bahan dan kacau sehingga rata. Ok siap tepung ayam buatan sendiri.

3-kata Yayar, beliau akan mencampurkan tepung segera yang beli dan dengan tepung ayam goreng yang dihasilkan sendiri.

4-Nisbahnya 1:1. Bagi 1 kilogram (kg) tepung ayam goreng homemade, anda boleh campurkan 1 kg tepung ayam goreng yang dijual.

Baca juga: Meriahnya! Resipi mi goreng sedap 60 orang makan, idea menarik potluck atau jamuan. Jimat belanja!

Iklan

LANGKAH MENGGORENG

Bahan-bahan
1-2 biji telur (bergantung kepada kuantiti ayam)
Minyak secukupnya
Tepung ayam goreng rangup

Cara penyediaan

1-Ayam dicuci bersih.

2-Ketika ayam masih basah, pecahkan telur sebiji atau dua biji telur bergantung kepada kuantiti ayam.

3-Taburkan sedikit tepung ayam goreng rangup homemade ke dalam ayam tadi. Ia akan memekatkan salutan pada ayam..

Iklan

4-Dalam bekas yang lain sediakan tepung goreng rangup homemade yang banyak untuk menyadur ayam.

5-Ambil ayam tadi dan masukkan ke dalam bekas tepung dan agar ia bersalut. Hati-hati supaya salutan tidak terlalu nipis atau tebal.

6-Terus masukkan ayam yang sudah disalut ke dalam minyak yang banyak dengan api sederhana.

7-Goreng sehingga masak, siap.

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Artikel Menarik

Terkini

Dari Penulis