Azam Tahun Baharu, buang barang tak perlu, hidup lebih teratur. Ini trik Marie Kondo yang ramai tak tahu

A
A
A

Azam Tahun Baharu, buang barang tak perlu, hidup lebih teratur. Ini trik Marie Kondo yang ramai tak tahu

PASTI ramai antara kita yang enggan membuang barang-barang di dalam rumah dengan alasan sayang.

Jadinya, semakin hari semakin bertambahlah 'harta karun' sehingga menyebabkan rumah menjadi semak.

Lebih kronik lagi, ada antara kita yang tidak boleh membezakan antara barangan yang perlu dengan tidak.

Jadi, bersempena Tahun Baharu 2023, SinarPlus nak kongsikan salah satu kaedah mudah, tetapi berkesan jika anda ingin melihat rumah sentiasa bersih dan sedap mata memandang.

Sumber Instagram mariekondo

Cara yang disyorkan pasti buatkan anda tidak menyesal meskipun anda terpaksa buang barangan yang mungkin sudah terlampau lama 'diperam'.

Pernah tak dengar tentang teknik Marie Kondo? Teknik tersebut dikongsikan oleh Nurul Adni Adnan menerusi Laman Facebooknya.

Baca lagi 'Rajinnya, mesti dah biasa tengok omma kemas rumah.' Gelagat comel Rina lap lantai bikin ramai terhibur

Menurut beliau, Marie Kondo adalah satu rancangan popular di Jepun yang berkonsepkan mengemas kediaman orang lain.

"Mulakan Tahun 2023 dengan Marie Kondo. Hanya simpan benda yang memberikan kegembiraan. Satu ketika, saya sempat tengok satu episod rancangan Marie Kondo tentang mengemas rumah.

Sumber Instagram mariekondo

"Dalam episod itu, Marie Kondo membantu mengemas rumah sepasang suami isteri. Anak anak mereka ketika itu tinggal berasingan" ujarnya menerusi entri di laman sosialnya baru-baru ini

Seperti yang diperlihatkan, rumah pasangan suami isteri di kaca televisyen itu penuh dengan barang-barang yang tidak berguna selain bersepah-sepah.

Wanita berkenaan dikatakan suka mengumpul baju dan perhiasan rumah.

Pembelian dilakukannya dikatakan salah satu cara untuk dirinya melepaskan tekanan.

Sementara itu, si suami pula suka mengumpul kad besbol.

"Kita yang tengok (keadaan rumah) pun tertekan. Sebab ada terlalu banyak yang disimpan sejak puluhan tahun.

"Marie Kondo kata, sepanjang beliau mengemas dan menyusun rumah orang, itulah timbunan baju paling banyak," kongsi Nurul yang awalnya berasa mustahil untuk Marie Kondo berbuat demikian,namun wanita tersebut tetap bersemangat.

Sumber Instagram mariekondo

Selepas rumah tersebut bersih dengan bantuan Marie Kondo, barulah pasangan itu tahu perasaan bila kembali dan duduk di rumah yang bersih, tenang tanpa 'sampah-sarap' yang banyak.

"Jom hari ni kita mulakan. Mata saya dah melilau nampak banyak barang atau baju nak sedekah atau buang. Nak berjuang dengan perasaan sayang ni," katanya lagi.

Menurut Nurul Adni, banyak lagi nilai baik yang beliau peroleh menerusi program itu.

Antaranya, berhenti beli barang baharu kerana bukan itu yang buat kita gembira, sebaliknya suasana rumah yang lebih teratur.

"Pada masa sama, dapat bersama pasangan dan ahli keluarga dalam rumah yang tersusun kemas.

"Paling buat bahagia adalah menghargai dan nikmati semua barang yang ada dan turut bersedekah barang yang dicintai. Gunakan segala yang ada untuk makin taat pada DIA" ujar Nurul lagi.

Sumber Instagram mariekondo

Hasil pembacaan lanjut SinarPlus, kaedah Konmari yang diperkenalkan oleh Marie Kondo itu telah menjadi fenomena sejak beberapa tahun lalu.

Lebih-lebih lagi selepas bukunya The Life-Changing Magic of Tidying Up dan rancangan Netflix Tidying Up With Marie Kondo disiarkan.

Baca ni Pernah diperlekeh bina rumah terapung hadapi banjir, kini anak bangga usaha ayah berhasil. Inspirasi!

Berikut dikongsikan lima tip untuk anda jadikan rujukan:

1.Setiap barang yang dimiliki mempunyai ruang tersendiri

- Asingkan mengikut kategori, susun barangan tersebut supaya kelihatan kemas.

- Labelkan setiap kotak bagi memudahkan anda meletakkan barang mengikut kategori.

2.Buang kertas atau bil yang tak diperlukan.

-Sementelah kini, kebanyakan kertas kerja boleh disimpan secara dalam talian.

3. Susun barang secara menegak

- Cara ini membantu menjimatkan ruang dan membolehkan anda mencari barang-barang anda dengan lebih mudah.

- Simpan pakaian mengikut saiz, kemeja-T misalnya, senang diambil dan tidak bersepah. Malah susunannya juga lebih teratur.

4. Hanya simpan pakaian yang membawa kegembiraan

-Tanya kepada diri sendiri jika cara mengemas tersebut mendatangkan kegembiraan atau tidak.

- Anda akan mengetahui jawapannya dengan segera.

Sumber Instagram mariekondo

5. Simpan wang kecil dalam dompet

- Marie Kondo tidak mengerti mengapa ada yang menyimpan duit syiling dalam tabung atau laci tanpa menggunakannya.

- Justeru, beliau menyarankan supaya menggunakan wang tersebut dengan cara menyimpannya dalam dompet. Itu lebih baik daripada membiarkannya tersimpan lama dalam laci.

Baca ni  Gelagat Jebat Jayden kemas rumah sambil buat dialog tentang semut, lalat bikin warga maya terhibur. Lucu betul!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sinarplus (@sinarplus)

 Sumber: Facebook Nurul Adni Adnan, mariekondo & https://www.chatelaine.com/home-decor/the-marie-kondo-decluttering-tips-we-swear-by/

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca