Cara mudah tanam pokok daun sup, guna batang dan akar, tak perlu benih
CARA mudah tanam pokok daun sup, menggunakan batang dan akar. Berikut cara menanamnya tanpa menggunakan benih.
Menu sup atau makanan berkuah tidak akan sempurna tanpa daun sup. Daun sup menjadi bahan wajib yang mesti dimasukkan ke dalam sup. Bau daun sup yang harum semerbak menjadikan apa-apa juga jenis sup menjadi lebih enak.
Selalunya apabila kita membeli daun sup di pasar, tidak banyak pun daun sup yang kita gunakan dalam masakan. Kesudahannya banyak yang terpaksa dibuang kerana sudah kecut di dalam peti sejuk.
Bahaya makan ubi kentang tumbuh tunas, ini cara simpan kentang supaya tahan lama
Bagi mengelakkan berlaku pembaziran, apa kata kita tanam sendiri sahaja pokok daun sup di rumah. Boleh cuba cara seperti yang dipraktikkan oleh Adana Embong melalui perkongsian menerusi laman sosial Facebook.
Sebenarnya pokok daun sup boleh ditanam dengan menggunakan keratan batang dan akar daun sup. Tidak perlu beli benih pokok daun sup. Cara yang dikongsikan ini lebih mudah dan menjimatkan.
Berikut langkah demi langkah menanam pokok daun sup menggunakan keratan batang dan akar daun sup:
1. Semasa membeli daun sup, pilih daun sup yang mempunyai batang yang besar dan banyak akar.
2. Sejambak daun sup apabila diasingkan batang dan daunnya, anda boleh dapat empat keratan.
3. Daun sup yang telah dipotong, boleh letakkan sahaja di dalam bekas berisi air. Daun sup boleh tahan selama seminggu walaupun tidak diletakkan di dalam peti sejuk.
4. Tanam satu keratan demi satu keratan batang dan akar daun sup. Dalam satu polibeg boleh tanam tiga keratan batang dan akar daun sup. Boleh cepat membiak.
Baca juga: Sup ketam, jus betik sembuhkan demam denggi? Ini penjelasan pengamal perubatan
5. Jangan tanam serumpun. Anda perlu asing-asingkan akarnya.
6. Tanah jangan terlalu padat. Boleh campur tanah biasa dan cocopeat. Baja boleh guna baja organik atau kopi.
7. Keratan batang dan akar yang baharu ditanam sembur sedikit sahaja air. Jika terlalu banyak air, akar akan menjadi reput. Ini antara pantang larang yang perlu diingat apabila menanam pokok daun sup menggunakan kaedah ini.
8. Letakkan pokok daun sup yang baharu ditanam di kawasan yang tidak terlalu panas. Elakkan meletakkan pokok daun sup di kawasan yang panas terik. Dalam masa dua bulan anda akan lihat pokok daun sup hidup subur dan membiak.
Mungkin masih ada di kalangan warga maya yang masih belum dapat membezakan antara daun sup dan juga daun ketumbar. Jika dilihat sekali imbas, daun sup dan daun ketumbar seakan-akan sama bentuknya. Ada segelintir individu kurang gemar dengan daun ketumbar kerana baunya yang sedikit menyengat.
Baca juga: Nasi ayam paling senang, sedap mak-mak wajib cuba, ‘leburkan’ sahaja dalam periuk
Berikut dikongsikan perbezaan antara daun sup dan daun ketumbar:
1. Bau
Bau daun sup lebih wangi dan menyegarkan berbanding daun ketumbar yang lebih kuat dan menusuk hidung.
2. Warna daun
Daun sup dan daun ketumbar kedua-duanya mempunyai daun yang berwarna hijau. Inilah yang membuatkan ramai keliru sehingga tersalah membeli. Bagaimanapun jika anda melihat secara teliti, daun sup warna hijaunya lebih pekat berbanding warna hijau pada daun ketumbar.
3. Rasa
Rasa daun sup lebih enak dan menyegarkan apabila dikunyah. Berbeza dengan daun ketumbar, rasanya lebih menyengat dan melekat pada lidah apabila dikunyah.
4. Kegunaan
Daun sup lebih banyak kegunaannya berbanding daun ketumbar. Mungkin kerana rasa dan bau daunnya yang kurang digemari ramai. Daun ketumbar biasanya banyak digunakan dalam menu tom yam.
Baca juga: Senangnya tanam kangkung dalam baldi, tak perlu guna racun serangga. Jimat dan selamat!
Sumber: Adana Embong
Oleh: Norhasliza Mohd Shafi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang