NASI ayam adalah menu yang sering menjadi pilihan anak-anak. Tidak perlu berkecah dapur menyediakan pelbagai lauk, cukup dengan satu lauk, sup, sambal dan kicap si kecil makan bertambah-tambah.

Perkongsian resipi nasi ayam daripada Khairul Abdullah ini boleh dijadikan panduan bagi ibu yang ingin menjimatkan masa. Berikut perkongsian beliau:

Baca juga: Nasi mandy ayam, rempah bikin sendiri

Baca juga: Mudah disediakan, resipi ayam masak Thai ringkas pasti sekeluarga berselera

Bila anak ‘petik’ hendak makan nasi ayam, saya akan ada dua opsyen. Pertama, sama ada pesan dari kedai nasi ayam.

Atau pilihan kedua, saya buat sendiri nasi ayam yang ‘super’ sedap. Memandangkan semua bahan ada,saya terus bersilat di dapur. Sekejap sahaja siap kerana ia adalah One Pot Nasi Ayam iaitu jenis masak sekali gus.

Semua bahan ‘campak’ dalam satu periuk sahaja, terus siap nasi dan lauk. Sangat mudah cara menyediakannya, bagi yang tidak mahir pun hasilnya pasti sedap.

ONE POT NASI AYAM

Bahan-bahan

1 ekor ayam saiz kecil (dibersihkan, potong empat atau lapan dan perap dengan sedikit garam. Buang bahagian kulit berlemak dan potong kecil-kecil, anggaran dua sudu besar)

2 pot beras (cuci dan toskan)

4 ulas bawang putih dihiris nipis

1 inci halia dihiris nipis

1 helai daun pandan dikoyak dan disimpul mati.

2 pokok daun bawang.

50 gram mentega/marjerin.

1 sudu besar minyak bijan

Langkah penyediaan

1. Rebus bahagian ayam seperti tulang,kaki dan lain rebus. Masukkan stok atau kiub pati ayam dan daun bawang. Rebus sampai lembut elok dan ketepikan.

2.Dalam periuk lain, panaskan mentega dan minyak bijan kemudian goreng lemak ayam hingga keperang-perangan. Masukkan bawang putih, halia dan daun pandan lalu digoreng lagi sehingga naik bau.

Iklan

3. Kemudian masukkan baki daun bawang yang sudah dipotong lalu kacau seketika. Terus masukkan beras dan kacau sebati. Masukkan air rebusan ayam dan sukatannya mengikut jenis beras yang digunakan dan sedikit garam. Boleh juga digantikan dengan satu atau dua sudu pati ayam dan kacau sebati.

4. Jika hendak masak dalam periuk nasi elektrik, bolehlah dialihkan terus. Susun ayam pada bahagian atas nasi dengan elok. Hidupkan periuk. Jika memasak menggunakan periuk biasa, perlahankan api dan tutup periuk. Biar masak.
Siap.

TIP: JIka tidak gemar ayam ayam yang putih dan lembap, keluarkan dari periuk, buang sisa nasi yang melekat dan goreng dengan api yang kuat sekejap sehingga nampak garing dan rangup. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.

Baca juga:Ibu jangan lupa didik anak lelaki buat kerja rumah, lepas kahwin tak jadikan isteri seperti hamba

Cara penyediaan sambal:
Masukkan dua biji cili merah, dua ulas bawang putih, satu inci halia, satu biji tomato, perahan limau dan juga sedikit air rebusan ayam dan kisar. Siap.

Iklan

Cara penyediaan kicap:
Goreng dua ulas bawang putih dan sedikit halia menggunakan minyak bijan sehingga keperang-perangan. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Tambah sos tiram, kicap, sedikit gula, sedikit air rebusan ayam lalu kacau sebati. Siap.

Ceduk nasi, potong ayam dan hidangkanlah dengan hirisan timun, tomato daun bawang dan daun ketumbar. Yummy! Nasinya jika dimakan begitu sahaja pun sedap.

Selamat mencuba!

Baca juga: Teknik memasak daging dan kesannya terhadap purine, penyebab gout

Sumber: Khairul Abdullah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.