Daging paprik ringkas, cukup satu lauk lengkap hidangan keluarga
MASAKAN paprik memang sedap! Tidak kiralah guna daging, ayam atau makanan laut.
Kuahnya yang berperisa dan separa pekat dicampur pula dengan pelbagai sayur-sayuran ternyata menjadi pelengkap. hidangan. Makan acap kali pun tak terasa muak!Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Pedas, masam dan aroma lazat dari daun limau purut adalah sebab masakan paprik menjadi kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia sekian lama.
Selain itu, ia mudah, sedap dan cepat untuk disediakan.
Bahan-bahannya;
- Daging/ayam/udang/sotong
- 2 biji bawang putih diketuk
- 1 biji bawang besar dihiris
- 2 sudu besar lada kisar
- 1/2 lobak merah dipotong
- 1 bungkus jagung dipotong
- 1/2 biji lada benggala dipotong
Cuba juga Mahsuri Sos Berperisa Tiram pilihan terbaik untuk masakan anda
- Sedikit bunga kobis
- Daun limau purut
- Sos cili
- Sos tiram
- Garam
- Sedikit air
- Minyak untuk menumis
Cara membuatnya;
1. Pastikan daging direbus dahulu dan dihiris nipis ikut citarasa masing-masing.
2. Masukkan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih bersama cili kisar hingga naik bau. Masukkan daging.
Baca juga Sambal tumis ikan kembung nampak biasa, tak sedar buat nasi bertambah
3. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram ikut bahan sedia ada dalam kuali.
4. Tuangkan sedikit air dan boleh masukkan semua sayuran serta daun limau purut untuk tambah aroma masakan.
5. Apabila kelihatan menggelegak, boleh masukkan sedikit garam dan siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba, semoga bermanfaat!
Sumber: Nurul Hawa Nadila Sari
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang