Elak sampah berbau, berair, wanita ini kongsi tip guna bekas sarang telur jer. Jimat & mudah!
KEBIASAANNYA, bekas sarang telur yang sudah tidak digunakan akan dibuang.
Sebenarnya, ada manfaat lain yang ramai tidak tahu.
Antaranya, boleh digunakan untuk menghidupkan api atau menghasilkan asap untuk menghalau nyamuk.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan sarang telur itu untuk membantu mengelakkan bau dan menyerap air daripada sisa makanan di dalam tong sampah anda.
SAMPAH KURANG BERAIR
Itulah tip yang dikongsikan oleh Lina Idris menerusi page #kemasrumahwithhani
Katanya, bahagian bawah tong sampah itu diletakkan bekas sarang telur bagi membantu menyerap lebihan cecair.
Justeru, sampah kurang berair dan kurang berbau walaupun tak ada penutup.
Beliau turut menitipkan cara memilih tong sampah yang sesuai untuk kegunaan di dapur.
Baca ni 'Mop legend' tetap pilihan. Gelagat Feeya Iskandar kemas rumah sebelum keluar 'me time' raih pujian
"Saya punya tong sampah bersaiz 30 liter. Sesuai untuk enam orang ahli keluarga dan satu hari punya sampah. Sebelum tidur buang sampah, lap dengan kain lap antibakteria pada bahagian tong sampah dan juga ruang di dalamnya.
"Pastikan ring di bahagian atas itu dibasuh dan keringkan. Esok pagi bangun tong sampah sudah kering. Terus pakaikan plastik baharu," kongsi Lina lagi.
Berikut beberapa perkara yang beliau ambil kira ketika membeli tong sampah:
1. Warna: Sesuai dengan tema dapur black stone & grey mirror.
2. Mahukan yang nipis (rectangle) agar tidak ‘makan’ atau rugi ruang.
3. Tidak mahu nampak lebihan plastik sampah di bahagian tepi. Simpulan plastik juga tidak kelihatan.
4. Plastik sampah tu mesti sedang elok dan jika ada tali itu bonus. Bagi jenama yang dibeli itu mempunyai plastik sampah khas untuk saiz tersebut.
5. Berbolak-balik antara nak ambil yang ada penutup (step-on) atau terbuka (seperti dalam gambar). Akhirnya, ambil keputusan pilih yang jenis terbuka kerana kalau ada penutup, apabila sudah penuh tak perasan sebab ia tertutup. Jika ada sampah yang melekit, berminyak, berair semua, ia akan terkena pada permukaan dalam penutup itu. Bukan itu sahaja, jika masuk pada bahagian celah engsel sangat susah untuk dicuci.
Menurut Lina lagi, walaupun harga tong sampah itu jika ikut logik akal, agak 'tak waras', namun ia paling menepati semua ciri-ciri di atas dan hasilnya sangat memuaskan hati.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang