'Harga marhaen, kualiti terpelihara...' Kekalkan momentum & hargai pembeli, Rizman Ruzaini edar 200 tudung edisi khas percuma

A
A
A

KENAIKAN harga barang sejak kebelakangan ini tidak memberi kesan kepada jenama Rizman Ruzaini dalam mengeluarkan koleksi terbaharu mereka.

Salah seorang pengasasnya, Rizman Nordin berkata, boleh dikatakan pada setiap bulan ada sahaja keluaran baharu daripada jenama terkenal itu.

"Setakat ini tiada masalah, kerana pelanggan sentiasa menyokong terutama pengumpul koleksi yang memang sukakan koleksi keluaran RR by Rizman Ruzaini.

Rizman

"Soal harga barang naik ini bagaimanapun tidak memberi kesan kerana kami ada pelanggan yang sentiasa menyokong dan sukakan koleksi keluaran RR by Rizman Ruzaini," ulasnya ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun kedua RR Mono Scarves di KL East Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

 

Baca ni Lebih stail, bergaya dan nampak mewah. Beg tangan Kashfi Zulkufli sesuai untuk wanita dan lelaki

Baca lagi 'Saya mahu jalan terus'. Digelar cepat koyak & sentap, Sissy Iman langsung tak kisah

Acara itu turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada dua penyanyi terkenal tanah air iaitu Ziana Zain dan Ernie Zakri.

Akui bapa kepada anak perempuan bernama Rizqaa itu, setiap produk yang dikeluarkan sangat berkualiti dan bertepatan dengan harga.

Rizman

"Walaupun harga marhaen, namun kualiti sangat terpelihara. Setakat ini, belum ada sebarang aduan daripada pelanggan baik dari segi harga mahupun kualiti. Dengan kata lain, mereka cukup berpuas hati. Justeru, kami mahu mengekalkan momentum tersebut," katanya.

Baca lagi 'Suami pendorong, bimbing & lorongkan jalan...'. Julia Farhana tampil berhijab sepenuhnya, jadikan Bella Dally idola berfesyen!

BUKA 5 BUTIK LAGI

Mengenai sambutan ulang tahun kedua RR Mono Scarves, Rizman berkata, antara yang menarik perhatian adalah pembukaan 'pop-up store' jenama RR yang terletak di KL East Mall, Kuala Lumpur.

Jika pada tahun lalu, sambutan secara besar-besaran dilaksanakan bagi meraikan pencinta skaf berkenaan.

Baca ni 'Kehadiran Hana telah banyak mengubah prestasi diri dan sumber kekuatan saya'. Ucapan tulus Da‘i Syed kepada isterinya

Namun, pada kali ini, mereka lakukan sedikit kelainan iaitu secara berperingkat-peringkat.

RR By Rizman

"Pada fasa pertama, kami buat ‘pop-up’ di KL East Mall yang mana kami akan melancarkan tudung terbaharu iaitu RR Geometrik.

"Acara kemuncak pula adalah sambutan ulang tahun skaf Rizman Ruzaini pada 29 Julai ini. Kami menjemput mereka yang sudah memiliki RR Mono Scarves dan istimewa untuk 200 yang pertama akan dapat tudung edisi khas Rizman Ruzaini secara percuma. Mereka hanya perlu pakai RR Mono Scarves ke acara tersebut" kata pereka fesyen terkenal itu lagi lagi.

Baca lagi 'Pengorbanan terbesar untuk keluarga & anak.' Perkongsian Eja undang sebak, dah masuk 50-an tetap cantik & anggun!

Mengulas mengenai persaingan daripada jenama tudung lain, seperti yang disebut oleh Rizman, rakan sejenamanya, Ruzaini Jamil berkata, RR Mono Scarves sememangnya mempunyai pengikut tersendiri.

Rizman

"Jenama kami sudah ada pengikut yang sangat kuat dan apa yang kami hasilkan ini adalah khas untuk mereka. Justeru, tidak timbul soal persaingan.

"Ketika ini, skaf berkenaan hanya dipasarkan secara dalam talian. Insya-ALLAH hujung tahun ini akan dibuka secara serentak di lima butik di pelbagai lokasi berbeza iaitu di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Kelantan," ungkapnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca