MANISNYA penampilan terbaharu Julia Farhana Marin selepas mengambil keputusan untuk terus berhijab sepenuhnya.

Anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu turut mendedahkan yang beliau sebenarnya sudah empat tahun memakai tudung. Pun begitu, terpaksa ‘on off’ dek kerana tuntutan kerja.

“Sejujurnya, sudah lama saya mengenakan tudung. Malah, setiap kali Ramadan, saya akan berbuat demikian. Cuma, saya belum mempunyai kekuatan kekal istiqamah,” kongsi pelakon, model, pengacara itu lagi.

Julia

Baca ni ‘Pengorbanan terbesar untuk keluarga & anak.’ Perkongsian Eja undang sebak, dah masuk 50-an tetap cantik & anggun!

Beliau ditemui usai menjadi tetamu pada program Borak Bibir Merah terbitan SinarPlus baru-baru ini.

Namun, segalanya berubah selepas dua bulan lalu.

Pelakon berdarah kacukan Melayu-Itali itu nekad untuk berhijab sepenuhnya tanpa paksaan atau permintaan daripada sesiapa pun.

Pada masa sama, Julia melahirkan rasa syukur dan terharu kerana suami cukup memahami dan tidak pernah meletakkan syarat supaya bertudung apabila sudah berkahwin.

“Ia bermula secara berperingkat. Kalau diikutkan sudah lama saya memendam hasrat untuk bertudung, sejak zaman kolej lagi. Namun, tak dapat kekuatan, sementelah selepas bergelar pelakon, banyak benda yang saya ingin capai dalam kerjaya.

“Sehinggalah selepas bergelar isteri, suami menjadi pendorong, bimbing dan lorongkan jalan untuk saya. Pun begitu, baik suami mahupun keluarga kedua-dua belah pihak tak pernah paksa berbuat demikian,” ujarnya.

Baca ni Maintain cantik & awet muda, Datin Anne Ngasri dedah 9 bulan tak sentuh nasi

Julia

Dedah wanita berusia 29 tahun itu lagi, segalanya menjadi termaktub bermula sebelum bulan Ramadan yang lalu.

Kata Julia, suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum menjadi pendorong utama untuk beliau berubah dan mendalami agama Islam sebelum mereka berkahwin lagi.

Malah katanya, suamilah orang yang paling gembira dengan penghijrahan tersebut.

“Saya banyak beribadat bersama suami dan setiap hari beliau selalu kongsikan ilmu agama. Daripada situ hasrat saya simpan bertahun-tahun untuk bertudung akhirnya tercapai. Kami berada dalam kereta ketika itu dan sedang menuju ke rumah keluarga suami.

“Saya suarakan tentang hasrat untuk berhijab sambil minta pandangan suami. Terus beliau cakap okey. Segalanya berlaku secara spontan. Mungkin juga waktu itu saya tengah musafir dan itu yang menjadi pendorong yang sangat kuat serta membuka pintu hati untuk berhijrah,” ujar selebriti jelita itu yang memohon doa daripada semua untuk beliau terus kekal istiqamah dengan penampilan terbaharunya.

Baca lagi ‘Waktu kecil muka mak, bila besar muka ayah.’ Mat Dan kongsi wajah anak-anak. Comelnya muka mat saleh sangat!

Julia

BELLA DALLY SEBAGAI IDOLA

Menurut pelakon filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang itu lagi, soal bimbang sukar mendapat tawaran kelak selepas bertudung sama sekali tidak timbul.

Bahkan katanya, penerbit dan pengarah sekarang cukup memahami dan boleh bertolak ansur.

Malah, katanya sebelum ini, beliau memberi cadangan satu babak yang sesuai dengan wataknya yang sudah berhijab dan pandangan tersebut diterima baik.

“Sejak dua tahun lepas saya banyak dapat tawaran watak baik-baik. Dalam berlakon tak kisahlah apa jua watak, penampilan penting kerana penerbit akan tengok sama ada bersesuaian atau tidak.

“Dalam hal tersebut, saya melihat ia juga lebih kepada rezeki. Alhamdulillah, selepas bertudung watak saya lebih matang dan tak agresif. Saya rasa itu satu transisi yang baik,” jelas beliau lagi.

Baca lagi Makan nasi cuma 2 sudu, petua Azah Aziz kekal awet muda pada usia 50 tahun

Iklan

Julia

Ditanya fesyen tudung yang bagaimana menjadi pilihan beliau, tuan punya badan hanya tertawa kecil sambil mengakui dirinya bukanlah jenis yang pandai menggayakan tudung.

“Saya kini dalam proses belajar memandangkan bukan mudah baik memakai tudung bawal mahupun selendang kerana caranya berbeza. Hari-hari tengok tutorial. Walaupun sebelum ini pernah pakai, tetapi sebagai pelakon untuk menjadikan ia satu penampilan yang baik memang sukar.

“Cukup mencabar sebab itu saya memilih tudung bawal kerana mudah. Hanya ikat belakang sudah cukup. Pun begitu, suami pula akan tegur kerana nampak dada,” jelas Julia yang menjadikan Bella Dally sebagai idola kerana sentiasa tampil kemas dan fesyen beliau sentiasa mengikut trend serta terkini.

Baca ni ‘Pandai nyanyi & masak, untung suami.’ Rumah cantik & mewah macam istana, warga maya puji Marsha tetap humble!

MAHU SEPASANG ANAK

Anak sulung daripada tiga beradik itu turut mengakui, pemilihan watak juga tidak hanya bersandarkan soal hijab semata-mata.

Sebaliknya, turut membabitkan statusnya yang kini bergelar isteri orang.

Beliau yang sejak dahulu gemar berlakon dan kini sedang dalam proses belajar terutama bab menjaga batas baik dari segi perwatakan yang sesuai dengan imej dan status sebagai isteri.

Iklan

“Cuma tidaklah terlalu drastik akan transisi tersebut. Sekarang, saya dalam proses beri kelonggaran pada diri. Mujurlah suami memahami dan tahu saya tengah berusaha yang terbaik untuk menjaga imej sebagai wanita bertudung,” katanya yang tidak memandang kisah silam suami sebagai penghalang melakar bahagia bersama.

Julia

 

Soalan bonus daripada kami. Bagaimana pula soal cahaya mata?

Sambil tersenyum Manis, Julia Berkata:

“Bab anak pula, saya dan suami tidak merancang, kalau boleh saya mahukan sepasang. Sebab saya bukan jenis multitask, jadi saya harap dapat sepasang, mudah untuk jaga dan beri sepenuh kasih sayang buat kedua-duanya.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!