Kari kepala ikan lazat! Resipi istimewa buat penggemarnya, Hari-Hari Kena Masak
SESEKALI masak lauk kari 'kaw' ini, pasti puas hati.
Kena pula dengan ikan jenahak segar. Lagi bertambah-tambahlah sedap menunya.
Apa lagi Hari-Hari Kena Masak!
Bolehlah dihidang bersama nasi putih dan ulam-ulaman buat juadah berbuka puasa petang nanti!
Bahan-bahan:
- 1 ketul kepala ikan jenahak
- 2 Pek kecil serbuk kari ikan Baba’s (biasa & pedas)
- 1 sudu kecil halba campur *
- 4 ulas bawang merah (dimayang)*
- 5 ulas bawang putih (dimayang)*
- 2 tangkai daun kari
- 1 kotak santan
- 1 sudu kecil asam jawa
- 1-2 sdt garam
- 1 sdt gula
- 1 cawan air
- 1 senduk minyak masak 2 biji tomato (belah 4)
- 6-7 biji bendi
Cuba juga Singgang pedas ikan kerisi mudah, dijamin buka selera
Langkah-langkah penyediaan:1. Tumis bahan bertanda* dalam minyak yang panas. Sampai layu dan wangi.
2. Masukkan daun kari, rempah kari dan serbuk cili. Masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan satu cawan air dan asam jawa.
4. Masukkan santan serta bendi dan masak sehingga mendidih.
5. Masukkan air jika perlu tetapi jangan terlalu cair.
6. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kacau perlahan-lahan.
7. Kemudian masukan kepala ikan dan tutup periuk dan masak sehingga mendidih.
8. Masukkan tomato, biar seketika sebelum padamkan api. Siap!
Selamat mencuba. Semoga bermanfaat! Hari-Hari Kena Masak!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang