Kulit cantik tanpa perlu pembedahan, One Doc-Pico 250 teknologi terkini dari Korea realisasi impian ramai wanita
KOREA antara negara yang tidak pernah lekang dalam menghasilkan teknologi terkini dalam dunia kecantikan.
Itu semua didorong oleh keinginan rakyatnya tidak kira wanita atau lelaki yang sentiasa mahu nampak awet muda.
Rentetan itu, kumpulan Syarikat 1 DOC (One Doc) melancarkan mesin merawat wajah, Pico-Pulse, One Doc-Pico 250 yang dibangunkan dengan inovasi terkini untuk pasaran tempatan.
Pengenalan inovasi tersebut merupakan hasil kerjasama One Doc bersama Won Tech Co Ltd (WonTech) yang merupakan syarikat terkemuka dari Korea Selatan.
Menurut Pengasas Kumpulan Syarikat One Doc, Dr Michael Ong, pihaknya teruja untuk melancarkan mesin terbaharu dan program latihan untuk pakar kecantikan di negara ini.
"Kami menetapkan misi untuk mengasah kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan para penata rias supaya lebih menyerlah dalam industri kecantikan.
"Pada masa sama, kami berusaha untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran teknologi dan teknik terkini," katanya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif One Doc.
Selain menggunakan aplikasi teknologi termaju, One Doc-Pico 250 hadir dengan ciri tambahan seperti penetapan kadar nadi paling pantas.
Kelebihan tersebut menjadikan proses rawatan lebih cekap dan masa lebih cepat berbanding mesin terdahulu.
Berikut antara lain perincian yang diperkenalkan:
i) Ciri merawat kulit wajah dengan kesan fotoakustik lebih berkesan.
ii) Membantu mengekang pembentukan pigmentasi dengan ciri ketepatan analisis kulit.
iii) Proses tidak menyakitkan dengan kadar nadi yang singkat sekali gus mengurangkan kesan haba.
Baca juga Tampil cantik raya kulit wajah ‘Korean Glass’, ini tip mudah hanya guna bahan semula jadi
iv) Ciri Pulse-Induced Optical Breakdown menggalakkan penghasilan kolagen supaya kulit lebih anjal dan licin.
Pada masa sama, One Doc turut mengambil inisiatif melaksanakan program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) untuk melahirkan 300 tenaga kerja mahir di sektor kemahiran setiap tahun.
Baca juga Spa dari rumah, ini teknologi terbaharu cantikkan kulit tanpa bulu hingga 4 minggu
Selain itu, pusat rawatan kecantikan tersebut juga telah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia sebagai Pusat Bertauliah SLDN.
Ia bagi program terapi rambut dan kulit kepala serta perkhidmatan terapi kecantikan pada 1 Februari lalu.
Kepada anda yang mementingkan kecantikan dan kemulusan wajah, boleh ke salun yang telah menggunakan One Doc-Pico 250.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang