Kulit lebih sihat, mulus dan berseri-seri dengan rangkaian Clinelle Essential yang dirumus dengan 20 ekstrak botani

PRODUK penjagaan kulit yang mesra vegan kini semakin popular dalam kalangan pengguna di Malaysia.

Bukan sahaja kaya dengan vitamin, malah bahan antioksida dan nutrien lain yang terkandung dapat memberi nutrisi dan menghidratkan kulit agar kelihatan sihat.

Memahami kehendak ramai, jenama kecantikan tidak asing lagi, Clinelle memperkenalkan rangkaian Clinelle Essential terbaharu.

Ia terdiri daripada Skin Smoothing Scrub, Gentle Milk Cleanser, Deep Cleansing Gel, Soothing Skin Toner, Eye Bright dan Moisture Glow.

Baca ni Buntu jerawat masih terus menghantui kulit muka? Ini produk berkesan dari Jepun yang boleh dicuba

Pengurus Besar EIG Pharma Asia, Corina Lee berkata, selain ekstrak teh hijau, withc hazel, centella asiatica dan aloe vera serta minyak lavender, inovasi baharu itu kaya dengan minyak biji bunga matahari, shea butter serta daun rosemary.

“Rangkaian baharu ini diformulasikan dengan HA Plus Optimizer untuk memberi kesan optimum penghidratan dan pelembapan kulit, antipencemaran untuk keselesaan kulit yang berpanjangan, berseri-seri dan sihat. Sumber vitamin E dan pro vitamin B5 pula akan membantu menganjal dan melembutkan kulit si pemakai.

“Dengan peningkatan formulasi dan reka bentuk gaya minimalis ini, barisan produk ini akan lebih dipercayai. Clinelle percaya bahawa bahan semula jadi juga merupakan elemen yang penting untuk penjagaan kulit yang baik,” katanya.

baca lagi Anda yakin produk solekan anda halal?

Iklan

Serentak dengan itu, ujar Corina, Clinelle meningkatkan formula scrub dengan memperkenalkan Skin Smoothing Scrub.

Formulasi dwifungsi dengan bahan pengelupas semula jadi yang halus dan lembut itu dapat mengelakkan pori tersumbat.

Baca lagi Mudah sertu guna produk Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.