Langkah mudah buat cili jeruk rangup, hanya guna 3 bahan
CILI jeruk merupakan hidangan pelengkap yang enak dinikmati dengan pelbagai menu seperti mi sup, bihun sup, mi kari dan lain-lain hidangan.
Makan char kuetiau jika tanpanya memang terasa tidak lengkap. Pendek kata cili jeruk wajib ada.
Bagi anda yang menggemari cili jeruk yang rangup dikunyah, boleh cuba membuanya sendiri di rumah.
Baca juga: Rahsia resipi char kuetiau sedap persis di kedai, mudah je buat
Melalui perkongsian Farid Sham, pengguna Facebook itu berkongsi cara-cara membuat sendiri cili jeruk. Bahan-bahan pun tidak banyak dan cara membuatnya juga sangat mudah.
Baca juga:Mi chambol padu tak cukup semangkuk, Che Anisa kongsi rahsia
RESIPI CILI JERUK
Bahan-bahan:
2 sudu makan gula
Bekas berpenutup
Langkah-langkah:
1. Sediakan cili hijau yang segar.
2. Potong cili hijau. Jangan terlalu tebal dan terlalu nipis. Saiz sederhana sahaja.
3. Masukkan cili tadi ke dalam bekas. Kemudian masukkan gula. Tutup penutup kemudian goncangkan botol supaya gula sekata meliputi hirisan cili hijau tadi.
4.Jangan masukkan air. Perap selama tiga hari dalam peti sejuk. Menurut Farid, sukatan gula yang diberikan adalah untuk saiz bekas sebesar tin susu sejat.
Baca juga:Makan mi basah berbau pengawet? Ini rupanya yang berlaku bila ia dihadam tubuh
5. Hari ketiga, masukkan cuka makan separas cili potong itu. Jangan sesekali masukkan air bertapis. Manakalan pada hari keempat cili jeruk tersebut sudah boleh dimakan.
Selain enak, cili hijau juga kaya dengan pelbagai nutrisi termasuk lebih enam kali ganda vitamin C yang terdapat dalam buah oren.
Ia mengandungi vitamin A, B2, B6, niasin dan folat yang penting untuk keperluan tubuh.
Baca juga:Makan cili boleh sebabkan punca apendiks? Ini yang anda perlu tahu
Khasiat cili hijau
1. Kaya dengan serat yang penting untuk sistem penghadaman sihat.
2.Mempunyai kandungan air yang tinggi dan tanpa kalori, sekali gus menjadikannya pilihan sihat kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan.
3. Membantu mengimbangkan tahap gula dalam darah dengan mengawal tahap insulin.
4. Kandungan vitamin K dalam cili hijau mampu mengurangkan risiko osteoporisis dan pendarahan serius jika tercedera.
5. Kaya dengan beta-karotena, antioksida dan 'endorrphins' yang membantu menjaga kesihatan jantung.
Baca juga: Wajib cili banyak, penggemar pedas rugi tak cuba sambal tahun tradisi Jawa
Sumber: Farid Sham
Oleh: Norhasliza Mohd Shafi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang