Langkawi another level, jakuzi 3 jam di tengah laut. Sunset Cruise jadi tarikan anak muda

A
A
A

LANGKAWI memang terkenal seantero dunia. Jadi, tidak hairanlah pada setiap tahun sekitar lebih 2.5 juta pengunjung memilih destinasi itu untuk berlibur.

Jika anda pertama kali berkunjung ke pulau bebas cukai itu dan tiada idea untuk ke mana, SinarPlus cadangkan untuk menginap di Resort World Langkawi, Tanjung Malai, Pantai Tengah.

Di sana, pengunjung berpeluang melakukan pelbagai aktiviti mengujakan tanpa perlu pergi jauh, antaranya bermain jet ski, berkayak, bersnorkel dan lain-lain yang disusun oleh pihak hotel.

Berpeluang menyertai Resort World Langkawi FAM Trip 2023 baru-baru ini memberi pengalaman yang menarik kepada penulis.

langkawi

langkawi

Ia bermula dengan pemandangan dek broadwalk sepanjang 500 meter yang diibaratkan seperti sebuah lukisan yang cukup indah.

Pangkalan khas tempat kapal layar (marina) pelbagai saiz dan dua bot laju boleh disewa untuk pengunjung meneroka gugusan pulau tumpuan.

langkawi

Semasa rombongan yang disertai beberapa media, kami diberi peluang mencuba pakej paling popular iaitu melihat panorama matahari terbenam di atas kapal layar mewah, Sunset Cruise yang beroperasi pada jam 5 petang hingga 8 malam.

Di sini juga kami dipelawa menyertai aktiviti jakuzi air masin (salt water jacuzzi) sepanjang pelayaran selama tiga jam.

langkawi

Jakuzi berkenaan dipasang pada bahagian belakang kapal layar yang dilabuhkan. Seperti tiada apa-apa, namun adrenalin penulis mengalir deras tatkala melihat arus laut yang mengalir laju.

Baca juga Cantiknya macam kampung Avatar, Dream Forest Langkawi jadi tarikan baharu penuh magis

Namun, ada antara kami tetap memberanikan diri walau ada yang terjerit-jerit. Sunset Cruise bukan sekadar membawa orang ramai belayar tetapi turut menyediakan pelbagai jenis menu bertemakan parti barbeku Barat dan Melayu.

 

Antara yang boleh dijamah ialah ayam bakar, sate, spageti, kentang lenyek, salad segar, daging rendang, ayam masak merah dan banyak lagi. Kembara seterusnya adalah ke Pulau Dayang Bunting dan Beras Basah yang menjadi sebahagian pakej Island Day Cruise.

Ketika kapal berhenti di Pulau Dayang Bunting, beberapa aktiviti boleh dilakukan seperti bermain air, berkayak dan skuba.

langkawi

Kami teruja apabila dapat memberi makanan kepada sang helang di Pulau Singa Besar, antaranya Helang Merah, Lang Siput dan Helang Laut yang terbang rendah untuk menyambar isi ayam yang ditaburkan di tengah laut.

Kemudahan eksklusif Dalam pada itu, Pengurus Besar Resort World Langkawi, Isaaz Ishak Yunus berkata, Resort World Langkawi yang menterjemahkan konsep Mediterranean itu dilengkapi dengan segala macam kemudahan yang bertaraf eksklusif.

langkawi ISAAZ ISHAK YUNUS

"Selain memiliki rumah api sebagai signatur tersendiri, resort ini menyediakan kolam renang keluarga dengan permainan yang sesuai untuk anak kecil.

Baca juga Myrus Resort Langkawi buatkan si cilik teruja, kamar iglu, gelongsor gergasi bikin mereka seronok

"Kami juga mengalu-alukan kehadiran pengunjung untuk mencuba kolam infiniti dengan pemandangan laut luas terbentang," katanya.

langkawi

langkawi

Orang ramai yang hadir dalam kumpulan besar boleh memilih kamar Signature Suite yang mempunyai dua buah bilik, balkoni, dapur dan lif peribadi.

Resort World Langkawi turut mempunyai bilik standard, premier, standard sea view, premier sea view dan premier suite.

langkawi

langkawi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca