Lebih stail, bergaya dan nampak mewah. Beg tangan Kashfi Zulkufli sesuai untuk wanita dan lelaki

A
A
A

PROFIL kerjaya Mohamad Kashfi Mohd Zulkufli, 35, atau nama penanya, Kashfi Zulkufli bermula sebagai perunding gaya.

Segenap pengalaman yang diperolehnya telah memberanikan pemuda itu memulakan satu bisnes yang pada awalnya tak terfikir dek akal.

Namun, tiada yang mustahil di dunia ini. Kashfi akhirnya mewujudkan jenama Kashfi Zulkufli.

Baca ni 'Selesa baju berlubang, seluar 5 tahun tak bertukar.' Kareena Kapoor dedah sisi sebenar peribadi suami

Lebih membuatkan empunya diri tersenyum lebar apabila usahawan dari Brunei terpikat dengan kekreatifannya.

Kemuncaknya, label beliau yang meliputi busana dan aksesori wanita serta lelaki dipentaskan menerusi The Lady Of Mia: The Revenge Women pada Asian Fashion Week 2013.

Terbaharu, beliau meluaskan prospek perniagaan dengan mereka tas tangan yang diberi nama KZee Signature Tote.

“Kebiasaannya, wanita selalu dikaitkan dengan beg. Sebagai pereka, saya bukan sahaja perlu hasilkan desain untuk digayakan kaum Hawa sahaja, tapi untuk kaum Adam juga.

Baca ni Peroleh RM2.6 Juta sebulan, wanita 23 tahun ini bergelar jutawan dengan hanya kerja bersih rumah!

“Untuk itu, saya berusaha untuk melengkapi pasaran dengan desain lebih inovatif dan fleksibel,“ ujar penerima Anugerah Ikon FITA UiTM pada 2017 itu lagi.

Berkongsi lanjut tentang penjanaan idea dalam menghasilkan item berkenaan, kata beliau, selain diri sendiri merupakan pengumpul beg, dorongan daripada para peminat label Kashfi Zulkufli sendiri mempengaruhinya.

Baca lagi “Ingatkan bawa beg tangan, rupanya…” Video wanita bela kelawar besar raih 34 juta tontonan

Kepada satu soalan, pereka yang memiliki firma fesyen sendiri pada usia 23 tahun itu memberitahu, beliau menggunakan material PU leather dan custom made logo stainless steel yang berkualiti.

“Saya mengutamakan hitam sebagai warna signatur. Desainnya terdiri daripada eksklusif, klasik dan pilihan crossbody dan sling,“ katanya yang sekali lagi memberitahu bahawa semua jenis beg bersifat universal, boleh dipakai oleh lelaki atau wanita.

Baca lagi Beg kayangan, harga mampu milik. SELLECTION mahu bantu wanita tampil bergaya, bukan sekadar menjual saja

AMBIL MASA 

Mengulas lanjut, Kashfi berkata, beliau mengambil masa lebih kurang setahun untuk menyiapkan koleksi KZee Signature Tote.

Meski mengambil durasi agak panjang, penantiannya itu berbaloi kerana sambutan yang diterima cukup menggalakkan.

Dalam pada itu, SinarPlus sempat mendapatkan tip bagaimana memastikan sesebuah beg tahan lama.

“Petuanya mudah sahaja. Kita harus mengenali material beg terlebih dahulu. Selain itu, sentiasa gunakan tempat simpanan khas atau dust bag bagi mengelak habuk dan kotoran melekat.

“Simpan juga beg pada suhu yang bersesuaian dengan iklim kita di Malaysia. Cara ini bagi menghindarkan beg bergesel antara satu sama lain (dalam tempat simpanan),“ sarannya.

Bagaimana pula mahu memastikan kesesuaian beg yang dibawa ke satu-satu majlis? Jawab Kashfi, si pemakai wajib tahu dan faham terlebih dulu tema majlis yang bakal dihadiri.

“Jika bersifat formal seperti jamuan makan makan, pemilihan beg haruslah berbentuk sederhana dan tidak keterlaluan terutama dari segi saiz.

“Untuk majlis lebih kasual pula, pemilihan beg lebih umum. Dengan kata lain, seleksi beg adalah daripada himpunan yang mudah digayakan dan selesa,“ katanya yang mengaku sentiasa memperoleh buah fikiran menghasilkan sesuatu rekaan berdasarkan gaya hidup masyarakat Malaysia.

Sedikit mengenai hala tuju Kashfi Zulkufli, tuan punya badan berkata, beliau sentiasa bersedia berdepan dengan cabaran dan persaingan baik daripada jenama lokal mahupun antarabangsa.

“Justeru, saya perlu sentiasa tampilkan sesuatu desain yang boleh diguna pakai dan lebih memberi nilai estetika yang tinggi kepada pembeli. Ia secara tidak langsung akan membuatkan pelanggan sedar produk atau busana yang dihasilkan cukup praktikal dan unik,“ katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca