BEG tangan antara koleksi wajib ada baik untuk wanita mahupun lelaki.

Selain dijadikan aksesori menambah gaya, ia juga penting dalam melahirkan aras keyakinan dalam diri seseorang.

Justeru, tidak hairanlah jika ada yang sanggup berhabisan ribuan ringgit semata-mata untuk mengumpul beg tangan.

Pengasas butik SELLECTION, Nor Rafidah Khairuddin ketika ditemui berkata, ada di antara pelanggan beliau yang memiliki antara 14 hingga 120 koleksi beg tangan!

“Dalam setahun setengah, ada yang sudah memiliki 120 buah beg tangan. Tidak keterlaluan untuk dikatakan, pelanggan itu sudah boleh memiliki butik handbag sendiri di rumah. Semuanya untuk kegunaan peribadinya.

Baca ni ‘Orang nampak cantik je.’ Dedah anak meragam & sepah rumah waktu live tutorial mekap, MUA Bellaz dipuji suri rumah vouge!

“Selain itu, ada juga yang membeli sekitar 14 hingga 60 buah beg tangan bagi kegunaan sendiri sepanjang lima tahun kami beroperasi,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis meraikan para ahli dan pelanggan setia butik SELLECTION di Manor House Of Events KL, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bukan sekadar jual beg

Tambah Rafidah, baik suri rumah mahupun wanita berkerjaya, pasti memiliki beg tangan mengikut keperluan dan kegemaran masing-masing.

“Tanggapan pertama itu penting. Justeru, apa yang kita kenakan atau pilih untuk digayakan ketika keluar rumah, itulah yang mewakili diri kita.

“Kami di SELLECTION bukan sekadar menjual beg, malah kami turut berkongsi ilmu dan membantu pelanggan yang berkunjung ke sini supaya membuat pilihan sendiri yang tepat, yakin serta menghargai diri sendiri,” jelas usahawan itu lagi.

Baca ni ‘Macam kakak dan adik. Lesung pipit tu buat ramai cair.’ Gambar raya Sari Yanti & anak-anak raih pujian!

Dalam pada itu, beliau yang memulakan langkah sebagai seorang personal shopper di Montreal, Kanada sejak lapan tahun lalu melahirkan rasa syukur kerana memiliki empayar perniagaan sendiri di tanah air.

“Penubuhan butik ini sejajar dengan harapan memenuhi impian setiap wanita untuk tampil anggun dengan barangan asli berjenama ‘kayangan’ dengan harga mampu milik.

“Sellection.com merupakan kedai fesyen berjenama yang menawarkan lebih 1,000 koleksi barangan serta aksesori berjenama seperti Coach, Michael Kors, Fossil, Kate Spade dan lain-lain,” ujarnya.

Beliau turut menambah, melalui penubuhan premis tersebut dapat membantu terutama kepada kaum wanita dalam meningkatkan keyakinan diri dengan tampil dengan barangan berjenama.

Iklan

Program Keahlian SETIAA

Pada majlis itu juga, Nor Rafidah memperkenalkan buat pertama kalinya Program Keahlian SELLECTION yang diberi nama SETIAA.

 

Ia merupakan program keahlian premium yang direka khas sebagai satu cara dalam memberi nilai yang lebih besar buat semua pelanggan yang dikasihi.

SETIAA membantu memberi akses kepada pelbagai manfaat buat semua ahli.

Iklan

Antaranya baucar beli-belah eksklusif, penghantaran percuma untuk pembelian dalam talian, sesi pemotretan profesional dan seminar mengenai fesyen serta keyakinan diri.

“Dengan menjadi ahli SETIAA, ia akan membuka peluang untuk anda dalam memperkasakan diri an menyelami perjalanan transformasi yang mengujakan.

“Selain itu, ia juga membantu anda untuk menjadi seorang yang lebih yakin,
bergaya dan memberikan inspirasi buat orang lain sambil menikmati faedah pengalaman beli-belah yang premium,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.