Manis berlemak, tak muak nak makan. Rupanya mudah jer nak buat kuih lapis sagu

A
A
A

JIKA sebelum ini kuih lapis lazimnya dihasilkan menggunakan adunan tepung, apa kata anda cuba kuih lapis sagu.

Bahan tersebut sememangnya disukai oleh sesiapa sahaja tidak kira golongan tua atau kanak-kanak.

Teksturnya yang ringan dan rasa manis serta lemak membuatkan seseorang tak cukup makan hanya sepotong.

Kepada mak-mak yang dah buntu nak masak apa untuk hidangan minum petang, SinarPlus cadangkan cuba resipi simple ini.

Warna hijau, merah dan kuning yang digunakan pasti boleh menarik minat anak-anak untuk makan.

Baca juga: Buat kuih batang buruk guna kulit popia. Hasilnya lebih rangup, tak leceh dan rasa tetap umphhh…

Ia dikongsikan oleh seorang pengguna menggunakan nama Syana Anuya Manmad di Facebook.

Berikut adalah bahan-bahan dan cara penyediaannya:

Resipi Kuih Lapis Sagu

Bahan - bahan

2 cawan sagu [BELI DI SINI]

500 mililiter (ml) air

3/4 cawan gula putih (boleh tambah) [BELI DI SINI]

Sedikit garam [BELI DI SINI]

1 cawan kelapa parut

200 ml santan [BELI DI SINI]

3 pewarna ikut cita rasa

Sedikit minyak masak [BELI DI SINI]

1 atau 2 cawan kelapa parut putih (kukus dengan sedikit garam)

Baca juga: Menyegarkan! Hampir 1,000 share resipi Agar-Agar Limau Mandarin viral, buat cara ini baru elok kejadiannya

Cara penyediannya

1.Cuci sagu hingga bersih. Setelah bersih, rendam sagu bersama 500ml air selama 20 minit. Setelah itu, toskan.

2.Masukkan gula dan gaul sebati. Kemudian masukkan garam dan kelapa parut. Gaul lagi.

3.Akhir sekali masukkan santan dan gaul sebati. Bahagi kepada tiga bahagian. Letakkan pewarna setiap satu mengikut citarasa.

4.Sediakan loyang dan oleskan minyak masak.

5.Panaskan periuk kukusan menggunakan api sederhana.

Baca juga: Cucur udang gebu & rangup, ini resipi tanpa air kapur atau soda, macam orang dulu-dulu

 

6.Tuang satu bahagian dahulu ke dalam loyang. Kukus selama 20 minit.

7.Ulang lagi langkah sama untuk lapisan kedua selama 20 minit lagi. Akhir sekali lapisan terakhir dikukus selama 30 minit. Setelah masak, sejukkan dulu sebentar.

8.Potong kuih mengikut cita rasa. Guna pisau plastik supaya lebih mudah untuk dipotong dan dapat hasil kuih yang cantik.

9.Gaulkan dengan kelapa parut yang dikukus.

10.Siap.

Selamat mencuba semua!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca