Masak Bingka Pandan lebih mudah, cepat guna air fryer, tak perlu oven
BINGKA Pandan kuih tradisional memang ada peminatnya yang tersendiri. Sedap, lembut dan wangi semerbak, bingka pandan sering dihidangkan di majlis-majlis rasmi, perkahwinan, kenduri-kendara dan sebagainya.
Namun tak ramai yang berani buat sendiri bingka pandan kerana merasakan prosesnya renyah. Nampaknya sekarang semua orang boleh memasaknya dengan resipi dikongsikan Eniza M. Salim ini yang menggunakan air fryer untuk membakar. Memang menjimatkan masa!
Baca juga: Mudah je cara masak sambal bilis garing, sedap dan tahan lama
Baca juga: Minyak masak mahal, Dr Fatimah kongsi kebaikan guna air fryer
Bingka Pandan Versi Air fryer
Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan pati santan
1 cawan air pandan
3/4 cawan gula (1 cawan jika suka manis)
1 sudu teh garam
2 biji telur
2 sudu makan butter
Sedikit bijan
Sedikit pewarna hijau
Cara penyediaan
1-Blend semua bahan di atas kecuali bijan.
2-Masak sekejap di atas dapur dengan api perlahan. Apabila agak likat sedikit (jangan sampai berketul-ketul) angkat dan tuangkan ke dalam loyang yang telah dioleskan butter.
3-Tuang adunan ke dalam acuan bulat bersaiz enam inci kemudian taburkan bijan.
4-Bakar suhu 160 selama 20 minit.
5-Periksa sama ada sudah masak. Cucuk dengan lidi sate, kalau tak ada kesan pada lidi maknanya ia sudah masak.
6-Tambah lima minit lagi dan set suhu 180 untuk garingkan bahagian atasnya.
7-Suhu bergantung pada air fryer masing-masing. Kalau kurang masak, tambah lagi masa.
8-Tunggu betul-betul sejuk baru potong.
Bingka ini juga boleh dibakar menggunakan oven pada suhu 170 selama satu jam.
Selamat mencuba!
Baca juga: Ayam bakar guna perencah nasi goreng, mudah, sedap dan jimatkan masa
Sumber: Eniza M. Salim
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang