AYAM bakar salah satu menu yang tidak ditolak sesiapa. Cara memasak tanpa minyak amat menyihatkan, ayam bakar juga mempunyai aroma yang berbeza. Jom cuba resipi ini, gerenti sedap dan menjimatkan masa.

Tidak perlu renyah menyediakan bahan perapan, mengunakan perencah siap ini memudahkan para isteri menyediakan sajian lauk-pauk untuk keluarga.

Baca juga: Masak kuih bakar lebih mudah, cepat guna air fryer, tak perlu oven, dapur arang

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Pandan yang memang terangkat habis. Senang saja, kena cuba masak dulu, baru tahu

“‘Cheat way’ untuk memerap ayam dari zaman sekolah, khusus untuk orang atau keluarga yang sibuk,” kongsi pemilik resipi, Liyaw Ah Seng.

Resipi dikongsikan ini bukan sahaja ringkas bahan-bahannya, malah sesuai dijadikan stok di dalam peti sejuk.

BAHAN

Perencah nasi goreng Adabi (lebih banyak, akan bertambah sedap) [BELI DI SINI]
Madu [BELI DI SINI]
Ayam secukupnya [BELI DI SINI]

LANGKAH PENYEDIAAN

1-Satukan bahan di dalam bekas. Gaul sebati.

2-Perap ayam selama semalaman sebelum dibakar.

3-Selain menggunakan kaedah membakar biasa, anda juga boleh menggunakan air fryer. [BELI DI SINI]

Iklan

Warga maya rata-rata teruja dengan kaedah memasak mudah ini. Ada yang berkongsi boleh menggunakan perencah mihun goreng atau ikan bakar sebagai alternatif.

Serbuk cili juga boleh dimasukkan ketika proses memerap sebagai penyedap rasa.

Baca juga: Nasi ayam paling senang, sedap mak-mak wajib cuba, ‘leburkan’ sahaja dalam periuk

Iklan

Baca juga: Sedapnya ayam masak mamak, lauk paling mudah ibu wajib cuba

Sumber: Liyaw Ah Seng

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi