Mendaki bukan sekadar ikut kawan, kena tahu risiko dan penyakit yang mudah menyerang. Ini salah satu ancamannya

A
A
A

ORANG yang gemar mendaki gunung memang tersendiri.

Bila ditanya, golongan itu sentiasa mengatakan bahawa diri mereka akan menikmati kepuasan maksimum ketika berada di altitud tinggi.

Bagi sesetengah orang, aktiviti memanjat gunung juga adalah salah satu cara melepaskan tekanan atau melarikan diri daripada kesibukan kota.

Ya, benar, masing-masing ada kecenderungan tersendiri.

SUMBER Eric Sanman daripada PEXELS. SUMBER Eric Sanman daripada PEXELS.

Namun, SinarPlus ingin ingatkan. Pendakian tanpa persiapan rapi boleh membahayakan diri seseorang.

Terkini, seorang pendaki dilaporkan meninggal dunia setelah disahkan mengalami sindrom akut gunung (AMS) ketika menerima rawatan di Hospital Ranau, Sabah.

Alexzander Kueh Check Boo, 45, meninggal dunia pada pukul 4.30 pagi selepas dibawa turun dari Gunung Kinabalu bersama isterinya yang turut mengalami AMS.

SUMBER Nadzrin daripada PEXELS.

Mereka berdua mula mendaki puncak gunung tertinggi di Malaysia itu sebelum mengalami AMS ketika tiba di Stesen Panalaban.

Difahamkan kejadian bermula apabila isteri mendiang mengadu sakit kepala dan sesak nafas kira-kira pukul 9 malam.

Komplikasi paru-paru & otak

Apa itu AMS? Sebelum itu, menurut Healthline pendaki, pemain ski dan pengembara yang melakukan perjalanan ke tempat tinggi antara yang berpotensi diserang AMS atau ‘penyakit ketinggian’.

Baca juga: Gara-gara sesat 2 hari daki gunung dengan ibu bapa, anak 3 tahun alami hipotermia yang boleh ancam nyawa

Baca juga: Kecoh tukang jahit Jepun pakai sut daki Kinabalu, wanita Malaysia dah berkebaya di Annapurna Base Camp 4,130 meter 6 tahun lalu

Untuk pendaki, biasanya mencapai situasi itu boleh tercetus apabila berada pada ketinggian 2,400 meter di atas paras laut.

Pening, loya, sakit kepala dan sesak nafas adalah antara gejala AMS.

“Apabila simptom itu pula terasa, ia menunjukkan badan tidak dapat menyesuaikan diri dengan ketinggian baharu.

“Namun, apabila kembali ke ketinggian yang lebih rendah, simptom yang dialami mungkin akan hilang tanpa memerlukan apa-apa rawatan,” kata Healthline.

SUMBER Freestocks.org daripada PEXELS.

Merujuk kepada kes yang diklasifikasikan teruk, AMS boleh mengakibatkan komplikasi paru-paru (edema pulmonari) atau otak (edema serebrum).

Senada dengan Healthline ialah laman perubatan, Cleveland Clinic yang menyatakan, AMS berlaku apabila seseorang melakukan perjalanan ke altitud tinggi dengan cepat.

“Gejala mula berlaku apabila badan cuba menyesuaikan diri dengan tekanan udara dan paras oksigen yang rendah di kedudukan tinggi.

“Simptom ringan biasanya berlaku untuk jangka masa pendek iaitu antara 12 hingga 24 jam,” katanya.

Antara petanda yang menyaksikan kondisi seseorang pendaki berada dalam keadaan separa kritikal adalah seperti berikut:

1) Keletihan semakin teruk, lemah dan sesak nafas.

2) Kesukaran untuk berjalan.

3) Sakit kepala yang serius, loya dan muntah.

4) Sesak dada.

5) Kesulitan untuk melakukan aktiviti biasa walaupun seseorang mungkin masih boleh berjalan dengan sendiri.

SUMBER Kamaji Ogino daripada PEXELS.

Pun demikian, jika mangsa mengalami sesak nafas walaupun ketika sedang berehat, sudah tidak mampu berjalan, berasa keliru dan berlaku pengumpulan cecair di dalam paru-paru atau otak, itu bermakna kondisi yang dialami oleh mereka sudah berada dalam kategori parah.

Secara perubatannya, edema pulmonari altitud tinggi boleh berlaku apabila cecair masuk ke dalam paru-paru.

Edema serebral altitud tinggi pula melibatkan cecair yang memasuki otak dan mengakibatkan bengkak.

Apabila dua situasi itu berlaku, nyawa boleh melayang pada bila-bila masa, kata Clevelend Clinic.

Turun ke altitud rendah

Bagaimana AMS boleh diatasi? Menurut National Library of Medicine, masalah tersebut lebih mudah dirawat jika dapat dikesan lebih awal.

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah turun ke altitud yang lebih rendah secepat mungkin.

Pendakian tidak boleh diteruskan jika gejala AMS sudah mula dirasai.

Jika dimasukkan ke hospital, lazimnya oksigen tambahan akan diberikan, ujar Cleveland Clinic.

SUMBER Pixabay daripada PEXELS.

Sejenis ubat dinamakan acetazolamide (diamox) boleh diambil untuk membantu mangsa bernafas dengan lebih baik.

Bagi kes AMS teruk, bantuan kecemasan perlu disalurkan bagi mengelak kesan yang lebih mudarat.

Mendaki barangkali merupakan hobi bagi sesetengah orang.

Namun, ketahuilah minat itu tidak salah, tetapi perlu diisi dengan segenap pengetahuan.

Seorang pendaki bukan sahaja perlu mempunyai fizikal dan mental yang kuat, tetapi mempunyai asas perubatan yang baik.

Satu lagi, adalah lebih elok, dapatkan nasihat doktor terlebih dulu atau membuat pemeriksaan sebelum ambil keputusan untuk pergi mendaki.

Layari portalSinarPlusuntuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami diTwitter,Instagram,YouTube&Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kamiDI SINIuntuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca