'Kad pengenalan, sijil nikah di tangan 'mak lampir'...,' Isteri Along Cham langgar 3 perjanjian taklik, seleweng derma RM100,000

No Image Caption
A
A
A

SETELAH sembilan bulan melayari bahtera perkahwinan, pelawak dan pelakon Along Cham mengesahkan bahawa beliau akan memfailkan pengesahan lafaz taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi dalam masa terdekat.

Kehadiran pelakon filem Adnan Sempit di Mahkamah Syariah, Putrajaya pagi tadi seakan sia-sia apabila gagal memfailkan lafaz tersebut selepas diarahkan untuk melakukannya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

"Ya, saya akan failkan dan pengesahan lafaz taklik terhadap isteri. Memang mengejutkan semua dan semua ibarat drama yang ada plot twist.

"Saya kene failkan di Sepang sebab alamat rumah saya di daerah sana," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Keputusan ini diambil selepas Afreena didakwa melanggar tiga perjanjian yang telah dipersetujui bersama, termasuk ketidakpatuhan dan penipuan terhadap suami.

Along atau nama sebenar Muhammad Nazimudin Ahmad, memaklumkan pada asalnya merancang untuk menfailkan pengesahan lafaz tersebut pada 16 Disember tahun lalu.

Namun perancangan ALLAH sebaliknya, apabila beliau ditahan pihak polis atas tuduhan memiliki dadah pada 14 Disember 2024.

"Sepatutnya saya nak failkan pada 16 Disember lalu tapi malangnya saya ditahan pihak polis pada 14 Disember.

"Jadi ini adalah tindakan pertama saya selepas keluar dari madrasah (penjara) semalam,"katanya.

Selepas dibebaskan, Along kini berusaha mendapatkan dokumen penting seperti sijil nikah dan kad pengenalan yang masih berada dalam simpanan Afreena untuk meneruskan proses di mahkamah.

"Saya perlu dapatkan beberapa dokumen penting seperti sijil nikah termasuk kad pengenalan yang masih dalam simpanan mak lampir (isteri).

Ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya, Along menyatakan bahawa beliau telah memberikan peluang kepada isterinya, namun kekecewaan timbul apabila perjanjian yang dibuat tetap dilanggar.

Beliau juga tidak menafikan kewujudan orang ketiga sebagai punca konflik dalam rumah tangganya, walaupun enggan mengulas lanjut mengenai isu kecurangan.

"Dia langgar taklik itu beberapa bulan yang lalu. Buat masa sekarang saya tidak boleh cerita panjang kerana masih belum selesai.

"Saya sudah habis sayang rumah tangga saya. Saya juga telah berikan peluang dan dia tetap langgar, saya sangat tak sangka.

"Mengenai kecurangan isteri, saya tak boleh buat huraian, tapi orang ketiga itu memang wujud. Cuma ini bukan ke arah curang. Banyak kali dan macam-macam dia buat dekat belakang saya," katanya.

Dalam masa sama, Afreena turut didakwa menggunakan kejadian yang menimpa suaminya bagi meraih simpati orang ramai dengan meminta sumbangan orang ramai.

Pelakon filem Tiada Tajuk itu berkata dana sebanyak RM100,000 telah disalahguna oleh isterinya yang didakwa untuk kegunaan jamin dan anak lelakinya.

"Dana dikatakan untuk kegunaan saya, jujur tidak ada dan tidak sampai ke tangan saya.

"Wang ikat jamin sudah diselesaikan oleh ibu dan Didie Alias," dakwanya.

Sementara itu, Along berkata, ibunya, Siti Habsah Kadir sudah membuat laporan polis berhubung penyelewengan dana.

Untuk makluman, Along dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April tahun lalu selepas Along menduda selama tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang