Mudah tanam halia dalam pasu, nak hasil banyak dan besar, ini cara semaiannya

A
A
A

HALIA rempah yang wajib ada di dapur. Kebanyakan masakan kita menggunakan halia sebagai untuk mewangikan. Sup, kari, nasi lemak dan sesetengah kuih muih memerlukan halia sebagai bahannya.

Daripada beli di kedai, apa kata tanam sendiri tumbuhan daripada famili Zingiberaceae ini. Pokoknya yang mudah dijaga, hanya perlu disiram dan dibaja untuk mendapatkan hasil yang lumayan.

Anda boleh menggunakan cara yang digunakan Irma Sheky. Daripada seketul halia tua sebesar tapak tangan, hasilnya besar-besar dan segar! Berbaloi untuk dicuba.

Baca juga: Batuk berkahak tak reda-reda, pakar otak saran minum teh campuran halia, bunga cengkih

Cara tanam halia dalam pasu

1-Sediakan pasu besar (yang boleh memuatkan lima hingga enam beg tanah).

2-Isikan empat beg tanah 3 in 1 (yang boleh dibeli di nurseri). Atau anda boleh campur separuh daripadanya dengan tanah hitam.

3-Beli halia tua. Cari halia jenis besar baruuntuk mendapatkan halia yang besar. Kalau tanam halia kecil biasanya masa lebih lama diperlukan untuk menunggu dapat hasil yang besar.

4-Kerat halia lebih kurang tiga inci panjang dan tanam ia sedalam setengah jengkal daripada permukaan tanah.

5-Jadikan dua ketul rizom halia untuk satu pasu besar Mr DIY.

6-Pastikan ia mempunyai jarak satu jengkal antara kedua-duanya.

7-Tanamkan ia secara ‘terbaring/terlentang’ supaya lebih banyak tunas terhasil nanti.

8-Siram dua kali sehari. Pastikan tanah tidak bertakung air. Ikuti rutin ini sehingga daunnya naik lebih kurang dua kaki.

9-Kemudian baru tambah satu lagi beg tanah untuk penuhkan dalam pasu.

Baca juga: Halia boleh cegah kuman, kuatkan imunisasi tubuh

TIP DAUN HALIA CEPAT TUMBUH

Irma mempunyai cara tersendiri agar pokok halianya ditumbuhi daun dengan cepat.

“Ini pula cara saya supaya daunnya cepat naik meninggi. Bila umur sudah tiga bulan, boleh kurangkan siraman kepada satu kali sehari. Asalkan daunnya tak kering.

“Boleh siram menggunakan air basuhan ikan, air basuhan beras, kulit bawang, kulit telur kering, nasi dingin atau tanamkan perut ikan. Paling kerap gunakan baja sisa dapur ni dua kali seminggu sahaja,” kongsi Irma.

Setelah pokok membiak hasilnya boleh dituai, Tapi jangan terburu-buru.

“Apabila pasu dipenuhi dengan batang dan halia, jika ia berbunga, pastikan bunganya dari hijau bertukar kepada merah baru sesuai untuk gali.

“Tapi jika nak digunakan untuk buat baka, tunggu sampai daunnya banyak mati barulah digali, insya-ALLAH sudah sesuai dibuat induk,” kongsi Irma.

Jadi, bagi kalian yang tinggal di kediman bertingkat dan bercucuk tanam di balkoni, halia ini tetap boleh ditanam walaupun masa diambil sedikit lama.

“Kalau tanam atas tanah biasa, usia enam hingga lapan bulan halia sudah boleh dituai kerana mudah digembur.

“Jika ditanam di dalam pasu begini hanya boleh gembur sedikit sahaja. Jadi biasa dalam 10 bulan baru boleh gali dan dapat hasil yang memuas hatikan hati,” katanya.

Baca juga: Cara mudah tanam ulam selom guna batang, tak perlu biji benih

MANFAAT HALIA

Halia bersifat antiradang dan antioksidan yang menghalang serta menyembuhkan keradangan.  Selain itu, berikut adalah manfaatnya:

  • Merawat loya dan muntah
  • Mengurangkan berat badan
  • Membantu sistem penghadaman
  • Melegakan kesakitan otot
  • Mengurangkan kesakitan menstrual
  • Mengurangkan pening kepala
  • Memastikan kitaran darah yang normal
  • Menjaga kesihatan oral
  • Melegakan mabuk perjalanan dan mabuk laut
  • Mencantikkan kulit

Baca juga: Petua pokok mangga berbuah lebat dan rimbun, hanya guna minyak masak terpakai

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca