Patut cuba! ikan bawal emas, dimasak stim halia

Patut cuba! ikan bawal emas, dimasak stim halia
Patut cuba! ikan bawal emas, dimasak stim halia
A
A
A

SUDAH buntu memikirkan menu menarik untuk dinikmati seisi keluarga?

Jika korang mencari sajian menu dan ringkas, tetapi sedap barangkali ikan bawal emas stim halia antara pilihan ideal.

Isinya yang lembut bersama kuah yang lazat digaulkan dengan nasi putih. Cukup rasa manis, masin dan pedas.

Lebih-lebih lagi air manis ikan keluar dan sebati dengan kuah semasa dikukus.

Bukan sahaja menyihatkan, malah sangat menyelerakan!

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan bawal emas (kelar supaya bahan meresap masuk dalam ikan)
  • 1 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • Cili merah
  • Cili api
  • 2 biji limau
  • Sos cili Mae Pranom
  • 2 batang serai (ketuk)

Ikan bawal masak tomato lauk lengkap bersama anak-anak Gambar hiasan. Bawal masak sos tomato.

Cara penyediaan:

1. Masukkan ikan ke dalam bekas.

2. Taburkan bawang, halia dan cili.

3. Tuangkan sos cili Mae Pranom.

4. Letakkan serai yang dititik bersama hirisan limau di atas ikan.

Cuba juga Ikan bawal masak tomato lauk lengkap bersama anak-anak

5. Kukus selama 20 minit.

6. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Sumber: Norhamidah Abdul Hamid

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca