Pra Tempahan PS5 bermula 12.11, tak perlu lagi guna filter, dah boleh beli
TEKA-TEKI penggemar permainan video akhirnya terjawab apabila Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan harga konsol PlayStation 5 secara rasmi buat pasaran Malaysia. Ia akan dilancarkan pada 11 Disember 2020 ini.
Tak perlu lagi nak gunakan filter yang baru-baru ini heboh membanjiri media sosial kerana menurut Sony, pra-tempah konsol tersebut akan bermula esok, iaitu 12 November melalui mana-mana pengedar rasmi PlayStation yang tersenarai.
Berikut adalah harga rasmi konsol PlayStation 5 dan seperti korang sedia maklum, PlayStation 5 akan dijual dengan dua edisi iaitu edisi digital (Tanpa pemacu optik Blu-Ray) dan edisi biasa yang menyertakan pemacu optik blu-ray).
PlayStation 5 Edisi Biasa – RM2,299
PlayStation 5 Edisi Digital- RM1,869
Artikel berkaitan :Patutlah ramai ‘kaki game’ beli PS5, rupa-rupanya..
Selain itu, Sony juga mengumumkan aksesori-aksesori rasmi PlayStation 5 turut akan dijual dengan pra-tempah bermula esok iaitu:
Alat Kawalan Dualsense
Fon Kepala Pulse 3D, HD Camera
Media Remote
DualSense Charging Station
Terdahulu, Sony sebelum ini turut mengumumkan senarai judul permainan yang bakal di bawah masuk.
Difahamkan sehingga kini sudah terdapat 26 permainan akan menggunakan konsul berkenaan sekali gus menyokong spesifikasi terkini PS5.
Permainan-permainan PlayStation 5 juga kini sudah boleh dipra-tempah adalah seperti Demon’s Souls, Marvel’s Spider-Man Miles Morales dan juga Sackboy A Big Adventure.
Jadi, tunggu apa lagi? Bagi yang dah tak sabar nak ‘hand check’ kotak PS5 tanpa menggunakan filter tu boleh la buat pra tempahan sekarang.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang