Resipi ikan percik terbaik! Lazat dan menyelerakan #hariharikenamasak
JIKA pergi ke bazar Ramadan, gerai yang menyajikan lauk ikan atau ayam percik antara yang sering dikerumun ramai orang.
Ternyata juadah yang popular di negeri Cik Siti Wan Kembang itu salah satu menu yang sangat menarik untuk berbuka puasa.
Namun jika malas keluar rumah untuk mendapatkan ikan percik, boleh cuba masaknya sendiri.
Sudah pasti dijamin bersih dan sedap! Ayuh kita cuba ikut resipi terbaik ini, lazat dan menyelerakan! #hariharikenamasak
Bahan untuk perap ikan:
Bahan kisar A
✓ 3-4 ekor Ikan Kembung
✓ 5 biji bawang merah
✓ 5 ulas bawang putih
✓ Serai 5 batang
✓ Halia 5 inci
✓ Kunyit 5 inci
✓ 1 inci belacan
*** Bahan kisar A digunakan sedikit untuk perap ikan.
Cuba juga Kari kepala ikan lazat! Resipi istimewa buat penggemarnya, Hari-Hari Kena Masak
Bahan untuk kuah percik:Bahan kisar A
✓ 1 sudu serbuk perasa
✓ 1 cawan air
✓ 1 kotak santan
✓ 1/2 sudu besar cili kisar.
✓ Garam secukup rasa
✓ Gula secukup rasa
✓ 2-3 sudu tepung jagung
Cara penyediaan:
1. Kisar semua bahan dan tambahkan 3/4 sudu besar garam & serbuk perasa. Kisar hingga lumat.
2. Lumur rata bahan kisar pada ikan. Perap selama 20 minit. Bakar ikan.
3. Masukkan 1 kotak santan ke dalam periuk.
4. Masukkan bahan kisar & 1/2 sudu besar serbuk ketumbar.
5. Tambahkan 1 senduk air kosong.
Cuba juga Enak dan membuka selera, 5 resipi sotong ini mudah disediakan untuk juadah berbuka
6. Masukkan 1/2 sudu besar cili kisar.
7. Garam dan gula secukup rasa
8. Kacau sentiasa supaya tidak berketul-ketul.
9. Tutup api setelah kuah mendidih.
10. Siram kuah ke atas ikan bakar untuk dihidangkan.
Selamat mencuba! Semoga bermanfaat dan selamat berbuka puasa.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang