SESEKALI masak lauk kari ‘kaw’ ini, pasti puas hati.

Kena pula dengan ikan jenahak segar. Lagi bertambah-tambahlah sedap menunya.

Apa lagi Hari-Hari Kena Masak!

Bolehlah dihidang bersama nasi putih dan ulam-ulaman buat juadah berbuka puasa petang nanti!

Bahan-bahan:

Iklan
  • 1 ketul kepala ikan jenahak
  • 2 Pek kecil serbuk kari ikan Baba’s (biasa & pedas)
  • 1 sudu kecil halba campur *
  • 4 ulas bawang merah (dimayang)*
  • 5 ulas bawang putih (dimayang)*
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 kotak santan
  • 1 sudu kecil asam jawa
  • 1-2 sdt garam
  • 1 sdt gula
  • 1 cawan air
  • 1 senduk minyak masak  2 biji tomato (belah 4)
  • 6-7 biji bendi
lauk jenahak resipi
Jenahak masak tempoyak. Gambar internet

Cuba juga Singgang pedas ikan kerisi mudah, dijamin buka selera

Iklan

Langkah-langkah penyediaan:

1. Tumis bahan bertanda* dalam minyak yang panas. Sampai layu dan wangi.

2. Masukkan daun kari, rempah kari dan serbuk cili. Masak sehingga pecah minyak.

3. Masukkan satu cawan air dan asam jawa.

4. Masukkan santan serta bendi dan masak sehingga mendidih.

5. Masukkan air jika perlu tetapi jangan terlalu cair.

6. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kacau perlahan-lahan.

7. Kemudian masukan kepala ikan dan tutup periuk dan masak sehingga mendidih.

8. Masukkan tomato, biar seketika sebelum padamkan api. Siap!

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat! Hari-Hari Kena Masak!