Sambil bercuti boleh belajar ilmu sejarah, ini 6 lokasi penginapan rare dengan seni bina klasik di Malaysia

A
A
A

SAMBIL bercuti, apa kata kita tambah ilmu dengan mempelajari nilai peninggalan sejarah di sesebuah tempat?

Semua orang tahu bahawa Malaysia mempunyai lokasi menarik dan seni bina klasik yang mempunyai salasilah tersendiri.

Antara negeri yang mempunyai kesan peninggalan bersejarah yang masih utuh sehingga sekarang adalah Melaka, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Keunikan tersebutlah yang menjadi tarikan buat pelancong lokal dan luar negara.

hotel sejarah

Lebih-lebih lagi apabila lokasi itu telah diwartakan sebagai tapak warisan kebangsaan.

Kalau kalian ada plan nak staycation, apa kata singgah enam lokasi yang dicadangkan ramai untuk merasai kelainan cuti hujung minggu:

hotel sejarah

Hotel Majestic

Alamat: Jalan Sultan Hishamuddin, Tasik Perdana, Kuala Lumpur

Waktu operasi: 24 jam

Facebook: The Majestic Hotel Kuala Lumpur, Autograph Collection

Instagram: @themajestickl

hotel sejarah

- Salah satu tapak warisan yang merupakan bangunan kolonial yang dibina pada tahun 1932.

- Merupakan penginapan ikon ketika zaman British sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua.

- Kini hotel tersebut diwartakan sebagai tapak warisan kebangsaan.

 

hotel sejarah

Hotel Timez Modern Heritage

Alamat: 31, Jalan Hang Kasturi, Melaka

Waktu operasi: 24 jam

Facebook: Timez Hotel

Instagram: @timezhotel

hotel sejarah

- Menariknya, hotel butik berkenaan bertemakan seni warian Melaka yang pelbagai.

- Antaranya sentuhan Peranakan, Portugis dan Belanda terserlah di setiap ruang bilik dan lobi menjadikan suasana sangat autentik.

Baca juga Hotel kontena harga bajet, tapi keselesaan bertaraf 5 bintang. PPT Muar & Container Hotel jadi tumpuan

hotel sejarah

Aava Malacca Hotel

Alamat: 12, Jalan Kampung Hulu, Bandaraya Melaka, Melaka

Waktu operasi: 24 jam

Facebook: Aava Malacca Hotel

hotel sejarah

- Antara penginapan yang menjadi pilihan laku keras kerana terletak di Jonker Street.

- Reka bentuk dalaman yang unik kerana mempunyai gabungan unsur klasik dan moden dengan motif Peranakan.

hotel sejarah

Gingerflower Boutique Hotel

Alamat: 13, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Taman Kota Laksamana, Melaka

Waktu operasi: 24 jam

Facebook: Gingerflower Boutique Hotel

Instagram: @gingerflowerboutiquehotel

hotel sejarah

- Uniknya hotel yang diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO mengetengahkan seni bina abad ke-19.

- Asalnya, ia merupakan rumah Peranakan yang dibaik pulih menjadi sebuah hotel yang turut diselitkan dengan budaya Belanda.

Baca juga Hotel pink dengan tema Barbie & Hello Kitty. Ini senarai destinasi yang boleh dikunjungi

hotel sejarah

Muntri Grove Hotel

Alamat: Jalan Muntri, George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi: 24 jam

Facebook: Muntri Grove Hotel

hotel sejarah

- Ia merupakan tapak asal kuarters yang menempatkan orang gaji kepada keluarga kaya pada abad ke-19 sebelum diubah suai menjadi sebuah hotel.

- Seni bina dengan pengaruh British yang dikekalkan sehingga sekarang.

- Menariknya, ruang kolam renang dan lobi pernah rosak teruk selepas dibom ketika Perang Dunia Kedua.

hotel sejarah

Eastern & Oriental Hotel

Alamat: 10 Lebuh Farquhar, George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi: 24 jam

Facebook: Eastern & Oriental Hotel

Instagram: @eohotelpg

hotel sejarah

- Antara hotel paling lama di negara ini apabila sudah beroperasi lebih 100 tahun.

- Antara tapak yang menyaksikan peristiwa bersejarah seperti Perang Dunia Kedua dan empayar British memerintah tanah Melayu.

hotel sejarah

Beruntung kita apabila masih berpeluang untuk melihat bangunan lama yang masih terpelihara dengan baik sehingga sekarang.

Baca juga Seronoknya bercuti dan bermalam dalam bas mewah. Luas, kemudahan macam hotel eksklusif. Ini 4 destinasi menarik

Apatah lagi, dapat berpeluang untuk bermalam di sana dan merasai suasana vintaj yang mungkin tidak terdapat di mana-mana hotel lain.

hotel sejarah

Okey! Selamat berhujung minggu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca