Sate Kassim Pasar Sentul, Nasi Kalut Jitra Mai, 2 kedai makan legend. Berikut 3 lagi destinasi menarik
SELAIN menjadi antara lubuk kerjaya buat generasi muda dari pelosok negeri, Kuala Lumpur dan Selangor juga terkenal sebagai destinasi jalan-jalan legend cari makan.
Pilihan kedai makan yang pelbagai bukan sahaja memenuhi cita rasa masyarakat majmuk, malah menjadi tarikan pelancong antarabangsa.
Tidak hanya lokasi viral, banyak lagi tempat santapan yang mungkin ramai yang tak tahu kewujudannya walaupun terletak di kawasan bandar.
Carian SinarPlus di media sosial mendapati, ramai netizen mencadangkan senarai premis legend yang masih menjadi tumpuan ramai.
Tidak hanya terkenal dengan sajian simple tapi enak, malah ramai yang puji rasa masih sama walaupun sudah beroperasi lebih 30 tahun.
Bukan setakat sate, nasi kandar dan aneka sup, penggemar makanan juga boleh mencuba pelbagai makanan Thai dan Barat.
Kebanyakan kedai sudah dibuka sejak dari pagi. Jika kalian nak dapatkan suasana meriah pada malam hari, ada juga dibuka hingga lewat malam.
Bab harga mungkin ada tempat yang sudah berubah, tapi paling penting kalian puas makan dengan variasi masakan yang ditawarkan.
SinarPlus kongsikan info menarik mengenai lima destinasi menarik yang mungkin ramai yang belum pernah singgah lagi. Berikut perincian:
1. Sate Kassim Pasar Sentul
Alamat: 83, Jalan Sentul, Sentul, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10 pagi hingga 8 malam
Facebook: Satay Kassim Sentul Pasar
2. Nasi Kalut Jitra Mai
Alamat: Cawangan seluruh negara
Waktu operasi: 9 pagi hingga 12 malam
Facebook: Nasi Kalut Jitra Mai
Instagram: @nasikalut
Baca juga Wanita kongsi cara buat roti ‘benggali’ bakar legend bikin ramai terliur, melting habis!
3. Restoran Sururi
Alamat: No. 8, Wisma Masjid Alam Shah, Jalan Tun Razak, Off Jalan Pasar Pudu, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 9 pagi hingga 5 petang
Facebook: Restoran Sururi
4. Banngkok Street
Alamat: Setapak 56-G, Platinum Walk, No 2, Jalan Langkawi, Setapak, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 3 petang hingga 12 malam
Facebook: BANNGKOK Street Food MY
Instagram: @banngkokstreetfoodmy
5. The Garage KL
Alamat: Lot 841 Jalan Hulu Kelang, Hillview, Ampang, Selangor
Waktu operasi: 5 petang hingga 12 malam
Facebook: The Garage KL
Instagram: @tehgarage_kl
Kalau nak disenaraikan, banyak lagi pilihan premis yang TikTokers kongsikan di media sosial.
Jika kalian ada tempat lagi best dan menyeronokkan, bolehlah kongsi di ruang komen kami.
Paling penting, halal, sedap dan harganya berpatutan. Bukan apa, kalau datang dengan keluarga besar, kos pun tinggi.
Jadi, selagi boleh berjimat dan makan besar di luar untuk sekali-sekala, apa salahnya, kan?
Okey! Selamat menjamu selera.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang