Selalunya hijau kali ini biru, Tepung Pelita Bunga Telang sungguh menggiurkan
SEDAR tak sedar sudah 13 hari berpuasa, sungguh cepat masa berlalu.
Rasa seperti baru semalam mengumpulkan resipi masakan untuk juadah berbuka dan bersahur.
Kali ini SinarPlus ingin berkongsi satu resipi pemanis mulut iaitu tepung pelita bunga telang.
Ya, kebiasaannya tepung pelita dibuat menggunakan daun pandan untuk mendapatkan warna hijau tetapi resipi kali ini sedikit berbeza kerana menggunakan daun telang sebagai pewarna biru.
Sebelum itu, terima kasih kepada pengguna Facebook Siti Khairun Nur Akmal kerana berkongsi resipi. Berikut bahan-bahan dan cara penyediaannya:
BAHAN-BAHAN LAPISAN BAWAH
- 30 kuntum bunga telang
- 5 cawan air
- 1 cawan tepung beras
- 1 sudu kecil air kapur
- 1 cawan gula
- 1 sudu kecil gula (untuk diletakkan di dasar acuan)
- Acuan
Baca juga: Berbuka Bersama Nan Gua Bing, Kuih Tradisional Cina Wajib Cuba
CARA PENYEDIAAN LAPISAN BAWAH
1. Rebus kesemua bunga telang bersama lima cawan air.
2. Kemudian, keluarkan bunga telang dan tapis air rebusan.
3. Masukkan air rebusan, air kapur, tepung beras dan gula pasir ke dalam bekas kemudian kacau sehingga menjadi pekat dan halus.
4. Seterusnya, masukkan satu sudu kecil gula ke dalam acuan.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan sehingga setengah acuan.
BAHAN-BAHAN LAPISAN ATAS
- 4 cawan santan
- 5 sudu besar tepung beras
- Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN LAPISAN BAWAH
1. Panaskan periuk kemudian masukkan santan, tepung beras dan garam secukup rasa.
2. Kemudian kacau adunan dengan api perlahan sehingga tekstur menjadi pekat dan halus.
3. Setelah adunan masak, tuangkan adunan ke dalam acuan yang berisi bancuhan bunga telang.
4. Seterusnya, sejukkan seketika di dalam peti sejuk supaya rasa lebih enak apabila dimakan.
5. Sedia untuk dihidangkan!
Tak susah pun sebenarnya buat kuih ini, hanya perlu ikut segala sukatan dan langkah-langkah penyediaan.
Selamat mencuba dan selamat berpuasa!
Baca juga: Memang Terliur Sahur Bersama Kelazatan Milo
Baca juga: Membayangkan Tekak Dibasahi Air Soda Laici Herba Memang Menggiurkan
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang