Suhu air 50 darjah Celsius sudah boleh akibat kecederaan. Ini fakta yang kita wajib tahu
KALAU boleh kes penderaan yang dialami oleh kanak-kanak sindrom Down yang dikenali sebagai Bella, tidak mahu diulang-ulang lagi.
Bukan apa, setiap kali teringat kepada penderitaan si kecil itu, hati ini menangis. Luka-luka yang dialaminya mungkin akan berbekas sampai bila-bila.
Itu belum kalau diambil kira tentang emosi trauma yang dilaluinya sehari-hari. Tak tahulah apa ayat yang sesuai melabelkan kepada pelaku yang sanggup menganiayai Bella.
Namun satu sahaja nak cakap, si pendera memang zalim!
Baca juga 10 info kejadian lelaki berjalan dalam keadaan terbakar, kecewa kekasih curang
Segalanya mengenai perihal kes berkenaan, semuanya viral dan heboh diperkatakan ramai.
Terkini, ramai yang berbicara tentang bab melecur. Enggan membuat kesimpulan sendiri, SinarPlus merujuk beberapa informasi tepat berkenaan kondisi itu.
Terlebih dulu, Hello Doktor mengatakan, kesan lecur boleh merosakkan tisu dan sel yang terjejas. Bagi kes serius, luka melecur boleh mengancam nyawa.
Untuk mengetahui lebih lanjut tahap-tahap melecur, SinarPlus merujuk perkongsian Penasihat dan Pengasas, Medical Mythbusters Malaysia, Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris. Berikut adalah huraiannya:
i. Tahap satu (superficial).
- Kecederaan pada bahagian lapisan atas kulit sahaja (epidermis).
- Kulit merah, tetapi tidak melepuh.
ii. Tahap dua (partial thickness).
- Kecederaan sehingga lapisan tengah (epidermis dan sebahagiannya dermis)
- Kulit merah, melepuh dan bengkak.
iii. Tahap tiga (full thickness).
- Kecederaan pada semua lapisan kulit.
- Boleh melibatkan otot dan tulang.
- Deria rasa hilang kerana reseptor musnah.
Dalam pada itu, Dr Ahmad Firdaus berkata, suhu air tidak perlu sehingga berada pada tahap mendidih untuk mengakibatkan melecur.
“Pendedahan air bersuhu 60 darjah celsius selama satu saat dan 55 darjah celsius selama 10 saat sudah cukup menyebabkan kecederaan melecur tahap tiga.
“Selain itu, air bersuhu 50 darjah celsius didedahkan kepada kulit selama lima minit pun boleh sebabkan melecur tahap tiga,” jelasnya.
Baca juga Kulit melecur, buta gara-gara pressure cooker, hati-hati gunakannya, 6 tip ini pastikan buat
Sementara itu, beliau turut berkongsikan beberapa langkah yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecederaan melecur terutamanya kepada kanak-kanak. Antaranya adalah:
1. Lalukan air bersih di tempat melecur selama 20 minit.
2. Jangan pecahkan gelembung (melepuh).
3. Jangan letakkan apa-apa cecair lain di tempat kecederaan.
4. Segera bawa ke klinik kesihatan berhampiran.
Perkongsiaan Dr Ahmad Firdaus itu perlu dipandang serius oleh setiap daripada kita terutama ibu bapa yang mempunyai anak kecil.
Ingat, malang tidak berbau dan jangan bertindak melulu dan sesuka hati kerana mungkin tindakan kita akan lebih memudaratkan mangsa.
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang