Suhun goreng rupanya sangat sedap, buat pun mudah jer potong-potong bahan terus tumis

A
A
A

Suhun goreng rupanya sangat sedap, buat pun mudah jer potong-potong bahan terus tumis

SUHUN merupakan sejenis bahan masakan yang mempunyai rupa seperti bihun namun sebenarnya ia amat jauh berbeza. Ia diperbuat daripada tepung mung bean atau kacang hijau, keledek, ubi atau kentang.

Cara membuat suhun juga sebenarnya amat mudah kerana bahan yang digunakan bersamanya ialah air sahaja namun ia memerlukan teknik yang betul untuk menghasilkan tekstur yang cantik, juga proses pengeringan yang betul.

Suhun mempunyai beberapa nama lain seperti glass noodle atau mee selotape kerana rupanya yang jernih apabila dimasak.

Baca juga Pastil, menu istimewa di Sabah. Karipap berintikan bihun

Suhun juga dikatakan lebih rendah kalori dan karbohidrat berbanding bihun oleh itu ia banyak diamalkan oleh mereka yang sedang menjaga berat badan.

Pelbagai resipi masakan boleh dibuat, salah satunya suhun goreng bersama sayuran simple seperti dimasak oleh Naomy Chowini.

Lihat pada perkongsian wanita itu, ramai yang telah cuba membuatnya dan rata-rata mengatakan masakan tersebut memang mudah dan sedap. Jom cuba!

Bahan-bahannya;

Cuba juga 1,400 share, resipi mudah kacang sira pedas 5 bahan, sedapnya tak sedar habis sebalang

Cara membuatnya;

1. Rendam suhun dengan air paip sehingga lembut dan toskan.

2. Tumis udang kering dan bawang putih hingga naik bau. Kemudia pecahkan telur dan kacau.

3. Masukkan kobis panjang dan cendawan. Kacau. Setersunya masukkan suhun yang sudah lembut bersama karamel masakan, kicap cair dan sedikit garam serta serbuk perasa.

4. Gaul sebati. Jika suhun masih keras ketika menggoreng, renjiskan dengan air dan gaul rata. Akhir sekali masukkan tauge dan daun bawang. Gaul sehingga rata. Siap dihidangkan.

Bolehlah dihidangkan bersama cili padi potong dan kicap. Fuh sedapnya!

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat!

Baca juga Powerlah! Gordon Ramsay puji Khairul Aming masak puding orang Maori, hasil kerja setanding chef

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca