Swiss roll mini dengan warna ceria. Lembut, sedap dan padu. Ini resipi senang nak buat
KEK gulung atau sering kita panggil sebagai swiss roll memang sedap dimakan.
Bukan budak-budak jer, malah mak atau bapa budak pun suka.
Kalau minum petang, mak-mak memang selalu hidangkan kek gulung itu, kan?
Jika sebelum ini anda beli kat luar, apa kata akan datang kita cuba masak di rumah.
Seorang pengguna, Atiek Yunus Yusrie baru-baru ini berkongsi resipi kek gulunga melalui satu entri beliau di Facebook.
Menurutnya, satu loyang bersaiz 8 inci boleh menghasilkan kira-kira 35 roll kek berwarna-warni tersebut.
Wow! Banyakkan? Kalau buat sekali, boleh beri pada jiran-jiran.
Berikut dikongsikan resipi kek berkenaan.
Bahan-bahan
5 biji telur gred A
180 gram tepung gandum
30 gram tepung jagung
30 gram susu pekat
200 gram gula kastor
140 gram minyak masak
1 sudu besar ovalette
Vanila
Baca juga: Hampir 700 share, resipi kek coklat viral sukatan cawan, gerenti sedap & super moist
Cara penyediaan:
- Pukul gula, telur dan ovalette menggunakan mixer hingga gebu.
- Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayak.
- Perlahankan mesin pengadun. Campur susu dengan minyak bagi sebati. Terus masukkan ke dalam bancuhan tadi dan putar sekejap.
- Bahagikan adunan kepada lima atau enam bekas dan letakkan pewarna mengikut kesukaan.
- Panaskan kukusan dan kukus setiap adunan selama tujuh minit.
- Ulang sehingga sehingga habis dan kukus lagi selama 20 minit.
- Angkat dan hentakkan kek sekali elak kek turun.
- Tunggu kek sejuk sebelum potong nipis-nipis.
- Sapu krim dan gulung. Sedia untuk dihidang.
Melihat kepada langkah penyediaannya, memang sedikit rumit.
Bagaimanapun, hasilnya boleh dapat banyak dan berbaloi untuk dimasak sendiri.
Satu lagi, mak-mak boleh bekalkan swiss roll yang comel dalam bekas bento untuk dibawa bekal anak-anak ke sekolah. Memang dijamin akan habis dimakan.
Hujung minggu ini cubalah buat ya.
Baca juga: Resipi rare, wanita ini kongsi resipi kek belimbing buluh. Rasanya dijamin tak masam langsung
Selamat mencuba semua!
Sumber: Atiek Yunus Yusrie
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang