Nampak comel & sedap, wanita raih hampir 6k shares kongsi cara senang buat mini kek red velvet cheese leleh

A
A
A

Nampak comel & sedap, wanita raih hampir 6k shares kongsi cara senang buat mini kek red velvet cheese leleh

SEBUT sahaja kek, ramai yang menggemarinya. Tidak kiralah perisa apa, masing-masing ada citarasa tersendiri.

Malah juadah kek menjadi kegemaran ramai dan sesuai dihidangkan sama ada pada waktu pagi atau ketika minum petang.

Seperti perkongsian seorang wanita yang meraih hampir 6,000 shares yang berkongsi cara-cara membuat kek mini red velvet cheese leleh.

Nampak senang hanya menggunakan cup membuat kuih lompang sahaja dapat menghasilkan kek yang comel dan pastinya sedap memikat sesiapa sahaya yang melihatnya.

Jom ibu-ibu buat kek mini red velvet cheese leleh ini, boleh dijadikan hidangan pemanis mulut untuk dinikmati bersama tersayang.

Cuba juga Tak perlu pakai mixer, mudahnya buat kek coklat moist jimat tanpa telur, susu & mentega

Bahan-bahannya;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sinarplus (@sinarplus)

Cara membuatnya;

1. Pecahkan telur, masukkan gula + ovalette. Mix sebati. Masukkan susu dan minyak. Mix sebati lagi.

2. Tuangkan tepung, serbuk baking powder, serbuk soda bikarbonat. Kacau dengan sudu kasi rata. Kalau terus putar guna mixer takut nanti bersepah tepung luar bekas. Titiskan pewarna dan red velvet emulco. Baru boleh mix guna mixer.

3. Masukkan air 1/2 cawan dulu; kalau rasa pekat tuangkan lagi sikit-sikit. Pekat sangat pun tak boleh nanti kek bantat.

4. Sapu minyak guna tisu dalam bekas lompang tu untuk elakkan kek melekat, senang nak keluarkan nanti masak. Agihkan adunan dalam bekas lompang, isi dalam 3/4 bekas saja. Api sederhana besar, kukus dalam 20 minit.

5. Sementara tunggu kek sejuk, boleh putar topping cheese.

Cuba juga Resipi mudah kek lapis kukus Sarawak Milo Horlick, rasa macam kat kedai, tak muak makan

Bahan untuk cheese;

Cara membuatnya;

  1. Putar cheese sampai agak-agak kembang dan lembut.
  2. Masukkan krim well dan icing. Mix sampai sebati dan tak ada ketulan. (Nak manis, letak gula icing banyak. Nak kurang manis, letak gula icing sikit saja).
  3. Masukkan susu cair sidikit demi sedikit. Nak cair, letak lebih. Ikut selera sendiri.

6. Akhirnya, letakkan cheese atas kek. Nak guna pipping bag pun boleh, tabur-tabur sikit untuk hias nak bagi nampak cantik.

Baca juga Daripada tak reti nak buat, bekas kerani ini masuk kelas kemahiran dan terus jadi tauke kek. Ini rahsianya

Selamat mencuba!

Sumber: Nuralia Idayu

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca