Tak sangka roti pun sedap dibuat cucur. Rangup dan lembut kejadiannya. Gerenti licin!

A
A
A

ROTI bukan hanya sesuai dibakar atau dibuat lasagna, piza dan puding semata-mata.

Banyak lagi resipi lain yang kalian boleh cuba, janji kreatif.

Kali ini, SinarPlus nak ajak anda cuba buat cucur. Memang cukup simple dan cara menyediakannya mudah seperti menyediakan cucur biasa yang lain.

Baca ni Resipi cucur ikan bilis lembut di dalam rangup di luar, bancuh dengan nasi kisar & 1 bahan ini

cucur

Cuma yang ini dimasukkan roti di dalamnya. Perkongsian resipi ini dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook Jaja Noriza menerusi page Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Resipi ini juga katanya sesuai buat kalian yang alergi dengan telur.

"Saya nak kongsi resipi cucur roti gardenia cara saya. Resipi ini tidak ada telur.

"Bagi yang alergi telur boleh lah cuba. Rangup di luar lembut didalam," ujar Jaja.

Baca lagi Bancuh tepung ikut cara ini, barulah cucur kucai rangup di luar lembut di dalam. Resipi terpaling mudah tetapi sedap!

CUCUR ROTI GARDENIA

5 keping roti (jenama apa-apa pun boleh asalkan roti) [BELI DI SINI]

2 cawan tepung gandum [BELI DI SINI]

1 biji bawang besar hiris

Daun bawang

Cili merah

Kucai

Lobak dihiris halus

Tauge (ikut cita rasa)

Udang

Ikan bilis [BELI DI SINI]

Isi ayam

Isi sosej dan sebagainya boleh diisi (ikut cita rasa)

Garam [BELI DI SINI]

Maggi cukup rasa (secukupnya) [BELI DI SINI]

Baca lagi Resipi cucur ikan bilis viral rangup di luar lembut di dalam. Wanita ni kongsi tip jika nak hasilnya bulat-bulat comel!

cucur

Nota: Jika suka boleh letak serbuk kunyit [BELI DI SINI] dan 2 cawan air biasa (anggaran)

Cara penyediaan:

1. Letak semua bahan kecuali air dalam mangkuk.

cucur

2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul hingga jadi adunan yang pekat.

cucur

3. Panaskan minyak dan sendukkan bancuhan.

cucur

4. Goreng hingga garing. Toskan.

cucur

5. Sedia dinikmati.

Nampak menarik, kan resipi ini. Simple, sedap dan paling penting cukup mudah nak menyediakannya.

Baca lagi Teknik goreng telur mata kerbau kena betul, barulah hasilnya cantik & tak mudah pecah. Begini caranya!

cucur

Kalau anda bosan asyik makan roti bakar atau agak-agak roti hampir tamat tempoh, boleh cuba pula cucur roti ini. Gerenti licin!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca