CUCUR ikan bilis snek yang paling mudah disediakan. Ia menu pilihan kebanyakan mak-mak untuk sajian minum petang atau sarapan pagi. Cucur yang lembut di dalam rangup di luar memang sedap, dicecah sos sekejap sahaja licin sepinggan.

Untuk mendapatkan tekstur cucur ikan bilis yang lembut dan dalam masa sama rangup pada bahagian luar, anda perlu memasukkan nasi yang telah kisar.

Selamat tinggal cucur bilis leper! Jom cuba petua dan resipi cucur bilis milik Jaja Noriza ini.

Baca juga: Cucur crabstick 3 bahan memukau ramai, ibu wajib cuba ni buat menu potluck atau minum petang pun sedap!

CUCUR IKAN BILIS NASI

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum (anggaran)
1 cawan nasi kisar (anggaran)
Segenggam ikan bilis (ditumbuk kasar)
1/2 biji bawang Holland atau bawang besar
Daun bawang, tauge, kucai, cili merah (dihiris)
1 biji telur
Garam dan serbuk kunyit secukupnya
1 sudu teh baking powder (opsyenal)
Air sejuk secukupnya
2 sudu besar marjerin
Minyak masak untuk menggoreng

Cara penyediaan

1-Di dalam mangkuk pengadun, campur bawang, tauge, kucai, daun bawang, nasi, telur, ikan bilis dan kacau.

2-Tambah tepung dan gaul lagi.

3-Tuangkan sedikit air jika terlalu pekat.

4-Masukkan pula garam,serbuk kunyit dan baking powder secukupnya.Kacau sebati.

5-Menurut Jaja, adunan cucur ini tidak boleh cair untuk mengelakkan ia menjadi leper. “Ia mesti pekat macam dalam gambar tau,” katanya.

6-Panaskan minyak kemudian ceduk adunan mengguna tangan untuk mendapatkan bentuk bulat.

Iklan

7-Goreng sampai garing dan angkat.Sedia untuk dihidangkan.

Baca juga: Petua mudah kacang tanah goreng kekal rangup, hanya basuh & letak 7 sudu bahan ini

PETUA

-Jika anda tidak menggunakan baking powder pun tidak mengapa, tetapi pastikan adunan cucur pekat.

-Marjerin menjadikan cucur rangup dan lembut pada bahagian dalam.

Selamat mencuba!

Iklan

Baca juga: Bancuh tepung ikut cara ini, barulah cucur kucai rangup di luar lembut di dalam. Resipi terpaling mudah tetapi sedap!

Baca juga: Resipi cucur ikan bilis viral rangup di luar lembut di dalam. Wanita ni kongsi tip jika nak hasilnya bulat-bulat comel!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!