Taman tema Wetland Studios Putrajaya bertemakan futuristik, dilengkapi teknologi AR, VR menanti pengunjung
MUSIM cuti persekolahan dah bermula. Mak ayah mesti pening kepala fikir aktiviti apa mahu dilakukan bersama anak-anak.
Sekarang cuaca memang ‘lit-lit’ panasnya. Jadi, aktiviti indoorlah yang paling selamat untuk seisi keluarga.
Terkini, apa kata anda bawa anak-anak ke Wetland Studios Putrajaya yang merupakan sebuah taman tema didik hibur dalaman berhawa dingin berteraskan teknologi.
Projek tersebut dibangunkan dengan kerjasama di antara Perbadanan Putrajaya dan KRU Studios Sdn Bhd.
Ketua Pegawai Eksekutif KRU Group, Datuk Norman Abdul Halim berkata, Wetland Studios Putrajaya menawarkan tarikan dan kandungan bertemakan pemuliharaan alam sekitar dan perlindungan hidupan liar.
“Melalui pengalaman hibrid secara maya dan fizikal, para pengunjung akan mendalami tentang sejarah bumi, peranan penting air dan ekosistem pelbagai hidupan seperti mamalia, reptilia, amfibia, ikan, serangga, pokok, bunga serta banyak lagi.
“Pengalaman Immersive Reality di sini juga merangkumi aset fizikal seperti animatronik, replika dan hiasan berkonsepkan alam semula jadi,” katanya ketika ditemui ketika majlis prapelancaran Taman Tema Wetland Studios Putrajaya.
View this post on Instagram
AR & VR
Seiring dengan teknologi yang semakin pesat, Norman berkata, taman tema tersebut menggunakan teknologi seperti hologram, Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR).
Bukan itu sahaja, kandungan digital yang dipamerkan menampilkan pelbagai watak animasi termasuk filem animasi Zan Orangutan dan siri televisyen KiKaKo Kids.
Sepanjang tempoh prapelancaran mulai 26 Mei hingga 31 Ogos ini, 12 ruangan telah dibuka iaitu Insectopia, Dinosaur Encounter, Stegodon Big Break, Caventure, Jungle Jive, Sky Sanctuary, Flamingo Parade, Sky Dreams VR, Artopia, Aviary Archive, EduPlay Centre dan Migration in Motion.
Berdasarkan perancangan, Wetland Studios Putrajaya bakal dilancarkan secara rasminya pada September depan dengan pembukaan kesemua 15 ruangan termasuk tarikan tambahan Panorama, Lakes & Rivers dan Majestic Ocean.
Justeru, sebelum itu (sepanjang tempoh prapelancaran), destinasi mengujakan tersebut akan menawarkan harga RM25 bagi pengunjung dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak berusia empat tahun ke atas termasuk warga emas.
Baca juga: Wow! Taman Tema Genting SkyWorld akhirnya siap, ramai tak sabar untuk berkunjung
Operasinya pula bermula pada pukul 10 pagi hingga 7 malam setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti awam.
Pengunjung boleh mendapatkan tiket di kaunter tiket Wetland Studios Putrajaya atau membuat pembelian melalui laman web, www.wetlandstudios-putrajaya.com mulai 1 Jun ini.
Jadi, apa tunggu lagi, jom cipta memori indah bersama anak-anak anda.
Beri mereka pengalaman seolah-olah berada dalam filem animasi yang sebenar dan menyeronokkan.
Sementara masa murah, jom serbu!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang