WALAUPUN mengambil masa yang lama, akhirnya ia siap sepenuhnya.

Mengikut perancangan awal, taman tema indoor Genting SkyWorlds akan dibuka pada suku kedua 2021.

Taman tema yang  terletak di kawasan pergunungan di Pahang itu sepatutnya sudah menerima ramai kunjungan pada saat ini namun tergendala pembinaannya akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penularan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, fasa pembinaan dan persiapannya telah hampir siap. Malah ramai yang teruja kerana khabarnya Genting SkyWorld akan memiliki 26 tema yang berbeza.

Selain permainan ride seperti roller coaster, akan ada banyak permainan indoor baru yang tentunya menyeronokkan.

Minggu ini Ketua Taman Tema dan Pengalaman (Head of Theme Parks & Experience), Resort World Genting, Greg Pearn berkongsi foto-foto sekitar taman tema itu menerusi hantaran di Insta Story Instagram.

Foto-foto berkenaan menjadi tular di laman sosial. Rata-rata warganet melahirkan keterujaan dan tidak sabar mencuba permainan baru dan berkunjung ke sana.

Antara permainan baru yang bakal menjadi tumpuan ramai ialah Mad Ramp Peak-Full Throttle Racing di Dynamics Attractions, Dark Ride di Nigat at Museum: Midnight Mayhem, lebih ride Invasion of The Planet of The Apes dan zon Ice Age: Expedition Thin Ice.

Iklan

Selain itu, terdapat juga zon lain yang sama menariknya seperti Eagle Mountain, Central Park, Robots Rivet Town Studio Place, Epic, Rio dan Liberty Lane.

Iklan

Menariknya, selain daripada ride di kawasan yang kering, korang juga boleh mendapatkan pengalaman water rides. Tidak hanya permainan, restoran bertema turut disediakan kepada pengunjung.

Tentunya ramai yang menyimpan hasrat untuk berkunjung ke taman tema ini. Namun kita perlu bersabar dan menunggu sedikit masa lagi berikutan perlaksanaan fasa pertama Pelan Pemulihan Negara yang sedang berlangsung di seluruh negara.

Foto: Instagram Greg Pearn