Telur masak ala Arab mudah sesuai buat sarapan bersama roti
SARAPAN pagi ialah makanan pertama yang diambil setiap hari untuk memberi tenaga.
Nutrisi seperti protein dan kalsium sangat penting semasa sarapan.
Maka tak hairanlah ramai yang memilih mengambil susu mahupun telur sebagai bekalan protein yang cukup dalam makanan yang diambil setiap hari.
Telur pula boleh dijadikan pelbagai menu sebagai sarapan seperti, rebus, omelate, goreng mata goyang dan sebagainya.
Jika sudah bosan dengan resipi biasa, boleh cuba pula telur masak ala Arab ini.
Hidangan ini juga sesuai untuk dimakan bersama roti. Rupanya nampak sedikit pucat namun rasanya bukan main sedap!
Bahan-bahannya;
- Telur 3 biji
- Bawang 1 atau 2 labu besar
- Tomato 2 biji
- Cili potong ikut kepedasan
- Daun ketumbar jika mahu
Cara-caranya;
1. Tumis bawang sehingga naik bau dan masukkan tomato dan masak sehingga layu.
2. Masukkan cili dan kaun ketumbar. Kemudian masukkan telur dan garam serta serbuk perasa. Kacau sampai kering, siap!
Selamat mencuba, semoga bermanfaat!
Sumber: Eyra Munirah Adenan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang