Tip masak nasi lemak guna santan kotak, biar santan mendidih baru masuk beras & letak minyak masak
TERINGIN nak masak nasi lemak, tetapi bimbang tak menjadi.
Lebih-lebih lagi tiada santan segar di rumah. Kalau guna santan jenis kotak bimbang pula tak menjadi.
Sementelah, ada yang cakap hasilnya tidak secantik dan sesedap santan segar.
Usah dengar kata orang, cuba dahulu sendiri dan lihatlah hasilnya nanti.
Jika anda nak cuba, boleh ‘usha’ resipi yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Princess Merida menerusi page Masak Apa Hari Ni.
Selain nasinya masak tak sekata, baunya juga harum wangi.
Malah, resipi yang dikongsikan tersebut merupakan cara turun-temurun yang dipraktikkan ayahnya yang juga seorang peniaga nasi lemak.
Kalau macam tu, mesti power, kan?
Bahan-bahan
3 cawan beras biasa (kuantiti ikut suka) (BELI DI SINI)
Halia (ditumbuk) (BELI DI SINI)
5 helai daun pandan (gunting pendek) (BELI DI SINI)
Satu santan kotak pek kecil ( BELI DI SINI)
Garam (BELI DI SINI)
Minyak masak (BELI DI SINI)
Berikut dikongsikan langkah demi langkah memasak nasi lemak versi santan kotak:
Baca lagi [VIDEO] Sayu tengok pakcik ini jual nasi lemak seorang diri, tak sangka rupa-rupanya…
Cara memasak:
1. Basuh dan sukat beras. Kemudian toskan.
2. Isi periuk nasi tadi dengan air ikut sukatan beras tadi.
3. Masukkan santan satu kotak, ikutkan jenama apa pun. Satu kotak kecil pun dah terasa lemaknya. Jangan bazirkan santan, goncang dengan air dalam periuk dan tuang balik.
4. Masukkan halia, daun pandan dan garam.
6. Masukkan minyak masak lebih kurang tiga sudu besar. Fungsi minyak masak supaya nasi lemak kita yang dah masak nanti cantik. Hasilnya sebiji-sebiji dan tak akan lembik.
7. Kemudian, tekan suis masak nasi seperti biasa. Beras jangan masuk dahulu ya. Supaya bila dah menggelegak air santan dan daun pandan, maka wangilah nasi lemak itu nanti.
Baca lagi Sambal Gesek Bilis ringkas, mudah dan sedap
Nota: Sentiasa periksa periuk nasi bila dah tekan suis masak nasi. Jangan sampai air santan menggelegak terlalu lama, nanti santan akan pecah. Nasi tak cantik.
8. Bila sudah mendidih, masukkan beras yang ditos tadi. Dalam 5 hingga 6 minit sekali, kacau supaya nasi sekata dengan santan.
9. Inilah hasilnya. Nasi lemak santan kotak semerbak wangi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang