Warunk Koffie by Wood & Steel tempat lepak minum kopi paling best di Shah Alam. Harga pun berpatutan
Warunk Koffie by Wood & Steel tempat lepak minum kopi paling best di Shah Alam. Harga pun berpatutan
WAKTU hujung minggu akan menjadi lebih bermakna jika kita berpeluang menghabiskan masa bersama keluarga atau teman rapat. Dapat menghirup secangkir kopi dan berbual mesra sudah cukup menggamatkan emosi.
Daripada puluhan kafe yang terletak di Shah Alam, Selangor, SinarPlus terpesona dengan konsep yang diketengahkan oleh Warunk Koffie by Wood & Steel yang terletak di Seksyen U17.
Ciri-ciri instagrammable worthy, keselesaan yang optimum dan kesedapan sajian yang dipersembahkan sememangnya menepati kehendak masyarakat lokal tidak mengira kaum.
Selari dengan nama Warunk Koffie by Wood & Steel, rekaan dalamannya dilihat mengusung konsep industrial yang urban dan raw dengan sentuhan konkrit, kayu serta besi yang gah.
Menurut pemilik premis itu, Norshina Mohamed Som, pemilihan nama kafe datang daripada ilham perniagaan perabot berunsurkan kayu dan besi yang diusahakan keluarga mereka.
“Kalau diperhalusi kembali, kayu dan besi banyak mendominasi setiap ruang kafe. Pun demikian, bagi membangkitkan suasana, saya tambah hiasan pokok-pokok hijau asli.
Suntikan elemen kehijau-hijauan ini bukan sahaja menyegarkan mata yang memandang, malah dapat membantu menenangkan fikiran,“ katanya sambil memberitahu seramai 80 hingga 90 pelanggan boleh dimuatkan pada satu-satu masa dalam kafe berkenaan.
Norshina juga dilihat bijak menyusun dengan kemas deretan tumbuhan di dalam pasu kecil agar tidak nampak berselerak.
Ujarnya, dalam soal penjagaan tanam-tanaman itu, tidaklah seleceh mana.
“Pokok-pokok hijau ini sebenarnya cukup senang hidup, asalkan kita tahu cara dan kaedah menjaganya dengan betul. Saya akan pastikan pokok-pokok ini sentiasa dibelai. Bahkan, saya juga akan luangkan masa untuk selalu bercakap dengan pokok-pokok tersebut.
“Pada masa sama, jangan lupa untuk periksa dan siram air selalu. Selain itu, kena cantas yang mana sudah nampak sudah layu dan kering. Kebiasaannya, seminggu dua hingga tiga kali, saya pastikan pokok-pokok itu terdedah kepada sinaran matahari,“ katanya yang berganding idea reka letak Warunk Koffie by Wood & Steel dengan suami dan anak.
ITEM VINTAJ
SinarPlus juga sangat terinspirasi dengan seleksi perabot, kerusi dan meja makan yang dipilih pengusaha itu.
Tidak seperti sesetengah premis yang hanya mengutamakan kehadiran untuk dua hingga empat pelanggan untuk satu meja kopi dan jika ramai ia akan digabungkan, kafe Norshina sebaliknya.
Beliau begitu menghormati kehadiran keluarga besar yang bertandang bersama dengan menyediakan sofa atau kerusi kayu panjang dengan meja makan yang luas.
Menghargai bakat seni yang tumpah dalam diri suami, anak dan ibu tersayang termasuk arwah datuknya, Norshina mengambil pendekatan istimewa dengan menggantung lukisan mereka di dinding Warunk Koffie by Wood & Steel.
Dari satu sisi, simbahan warna putih salju, di samping warna neutral tanah yang menepati karakter industrial, wanita itu juga bijak bermain dengan ruang premis yang berkeluasan lebih kurang 743 meter persegi.
Apa yang dilakukan adalah menyusun sejumlah koleksi barangan antik seperti mesin taip era 1970-an, mesin daftar tunai lama, peti sejuk zaman dahulu, almari gerobok simpan lauk dan banyak lagi.
Baca lagi Hasil ilham dan bantuan anak-anak, rumah kampung Che Gayah mendapat sentuhan kontemporari
Kata Norshina, jika para pelanggan berkenan, mereka turut boleh membeli item-item yang diinginkan.
Memang tidak rugi jika pembaca SinarPlus meletakkan Warunk Koffie by Wood & Steel sebagai destinasi singgahan seterusnya.
Selain desain kafe unik yang menjadi buah catur kepada kita untuk menghadirkan diri, makanan yang disediakan juga enak belaka.
Bermula daripada variasi kopi, pencuci mulut diikuti dengan sajian berat, kami mencadangkan anda mencuba Monster Platter, Salted Egg Chicken Chop, Spicy Tempura Buttercream Pasta, House Special Burger dan Oriental Chicken Chop.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang