TANGGUNGJAWAB yang digalas oleh ibu bapa amat besar terutama dalam mendidik zuriat menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Kadang tak keruan dibuatnya dalam melayan peel anak-anak kita. Justeru sebagai ibu bapa perlulah sentiasa menuntut ilmu agak dapat membentuk pewaris kita itu mengikut lunas sepatutnya sebagai Muslim.

Perkongsian personaliti dakwah, Isfadiah Mohd Dasuki, barangkali boleh dijadikan panduan.

Setiap anak berbeza

Begitu juga anak kita, setiap seorang berbeza sikap, keperluan, kecenderungan, keinginan dan impian.

Nabi saw berpesan mafhumnya “berbicaralah dengan manusia menurut kadar pemikiran dan aqal mereka” HR Muslim.

Mendalam sungguh makna hadis ini. Sebagai ibu bapa pengajaran dari hadis yang boleh kita ambil untuk jadikan panduan keibubapaan ialah:

1. Mendengar lebih utama sebelum berbicara dengan mereka.

2. Fahami situasi dan keadaan anak sebelum membuat tanggapan.

3. Memilih perkataan dan ayat yang sesuai dengan kefahaman mereka.

4. Perbezaan antara anak-anak adalah rahmat daripada ALLAH yang akan saling melengkapi dalam keluarga.

5. Akal anak yang berbeza menambahkan lagi kemahiran keibubapaan kita dan kemahiran berurusan dengan manusia.

6. ALLAH tahu kita sebagai ibu bapa mampu menghadapinya.

7. Mendengar suara anak meliputi suara hatinya, suara akalnya dan suara tenaganya.

8. Fahami bahawa anak-anak merupakan tanda-tanda kebesaran ALLAH.

#Bijak Parenting

Kredit: Telegram Ustazah Isfadiah (Official)