“Lepas ni, bertambah satu tarikh duka untuk sayang dan anak-anak abang. 23 April 2024 hari pemergian abang untuk selama lamanya…

Demikian bait-bait kata isteri kepada Allahyarham Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, 35, yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Selasa lalu.

Beliau memuat naik luahan hati tersebut di laman Facebook miliknya.

Baca ni Leftenan T Sivasutan mangsa nahas helikopter, baharu tiga bulan mendirikan rumah tangga. ‘ Abang sangat baik, minat TLDM’

siti aisyah

Pada masa sama, Siti Aisyah Mohd Roslan, 34, turut menzahirkan rasa syukur berikutan urusan pengebumian jenazah suaminya di Tanah Perkuburan Islam Senawang berjalan lancar dan dipermudahkan.

“Alhamdulillah semua dah selamat, semua dipermudahkan, selamat jalan abang. Sayang doakan rumah baru abang luas, terang dan lapang.

Baca juga ‘Kawan ma suruh ambil adik. Ma sudah tiada…’ Perkongsian anak mangsa nahas helikopter TLDM undang sebak

“Lepas ni sayang dah tak dengar abang akan cakap terima kasih sayang hantar anak sekolah, terima kasih sayang masak sedap-sedap, terima kasih sayang jaga anak-anak, terima kasih sayang bawa anak-anak pergi hospital,” tulisnya.

Beliau dalam pada itu menitipkan ucapan terima kasih kepada belahan hatinya itu kerana menjaganya dengan anak-anak, menjadi suami dan ayah yang baik, serta menantu yang baik buat ibu dan ayahnya.

Baca lagi Terjunam selepas berlanggar di udara, 2 helikopter TLDM terhempas di Lumut, Perak, 6 info berkaitan

siti aisyah 1

“Pergilah abang, sayang dah reda, sayang kuat. Abang jangan risau sebab abang pernah cakap, abang tahu sayang mampu jaga anak-anak abang. Anak-anak itu lah harta yang abang tinggalkan untuk sayang. Sayang dan anak-anak sentiasa mengingati dan merindui abang,” tulisnya.

Paling meruntun hati bilamana Siti Aisyah memaklumkan hari itu adalah hari lahirnya malah bulan April adalah bulan yang disukainya.

Iklan

Baca ni Bapa Komander Muhamad Amir anggap anak ‘pergi’ sebagai wira negara. ‘Setiap tahun sertai Hari TLDM, tak sangka semalam terakhir’

“Abang, hari ini hari jadi sayang. Setiap kali bulan April, sayang mesti suka sebab abang lahir 3 April 1989. Anniversary ibu dan ayah abang 3 April 1988, ibu abang lahir 5 April 1965, anniversary kita 15 April 2016, Affan lahir 21 April 2022 dan sayang lahir 25 April 1992.

“Lepas ini bertambah satu tarikh duka untuk sayang dan anak-anak abang, 23 April 2024 hari pemergian abang untuk selama-lamanya,” tulisnya.

Iklan

Allahyarham Mohammad Amirulfaris merupakan salah seorang daripada 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam tragedi dua helikopter pasukan keselamatan itu bertembung dan terhempas semasa raptai perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak baru-baru ini.

Sumber: Facebook Siti Aisyah Amirulfaris

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!