Biarkan Wawa urus duit bisnes, Aeril mengaku tak pandai ‘transfer’ wang syarikat

Iklan
2

BERSAMA membangunkan perniagaan, pasangan pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mempunyai resipi kebahagiaan rumah tangga tersendiri.

Selama 10 tahun mendirikan rumah tangga, Aeril tidak menafikan mereka telah menempuhi pelbagai dugaan.

Iklan
Iklan

Baca juga: Aksi Wawa Zainal kembali bekerja pada hari kelapan berpantang terima reaksi pelbagai

Iklan

Sementelah mereka sama-sama mengusahakan perniagaan, sudah tentu cabarannya bertambah.

Menerusi hantaran di Facebook, pelakon filem 7 Petala Cinta itu berkongsi rahsia menjaga kerukunan bahtera rumah tangga.

Iklan

"Alhamdulillah sudah 10 tahun kami hidup bersama. Banyak dugaan yang telah kami lalui dari awal perkahwinan hinggalah ke hari ini.

"Kami bukanlah pasangan yang sempurna, masih banyak yang kami harus pelajari walaupun sudah satu dekad sebantal bersama,” titipnya.

Dalam pada itu, Aeril mengakui cuba untuk saling melengkapi kelebihan dan kekurangan diri masing-masing.

Baca juga: Bina Masjid: Aeril, Wawa Pilih Saham Akhirat, Tangguh Bina Banglo

"Kerana saling melengkapi kekurangan masing-masing itu lebih baik daripada mencari kesempurnaan..

"Alhamdulillah tidak terkira banyaknya nikmat yang Tuhan pinjamkan sepanjang kami bersama.

"Daripada empat orang anak hinggalah kejayaan Wawa Cosmetic pada hari ini,” kata Aeril.

"Antara tip kejayaan yang saya amalkan hingga la ke hari ini ialah membiarkan Wawa uruskan semua duit perniagaan kami.

"Malah sampai ke hari ini saya masih tak tahu lagi nak transfer duit company. Sebab saya percaya kalau wanita yang uruskan duit, insya-ALLAH semuanya akan baik-baik sahaja,” tulis Aeril.

Wawa dan Aeril memiliki pelbagai jenama yang diusahakan bersama. Antaranya Wawa Cosmetics, Wawa Scarves, Wawa Dermaskin dan Soulmate.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan empat orang cahaya mata sebelum ini iaitu Ahmad Fakhruddin Attar,8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa,6, Ayya Soffya,2, dan  Jibril Ibtisan, dua bulan.

Baca juga: Jibril Ibtisan kerap nangis, anak keempat Aeril Zafrel - Wawa Zainal alami 'bayi kolik'

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Facebook aeril_zafrel, Instagram w4w4_zainal