Jibril Ibtisan kerap nangis, anak keempat Aeril Zafrel - Wawa Zainal alami 'bayi kolik'

A
A
A

MUNGKIN betul ikutan orang-orang lama kita, jika bayi baru dilahirkan kerap sakit dan sentiasa menangis, perlu ditukar nama panggilannya.

Begitu juga yang terjadi kepada anak bongsu pasangan pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Pasangan romantik itu nekad menukar nama bayi mereka, Jibril Ibtisan kepada Muhammad Fahri.

Menurut Wawa, keputusan itu dibuat berikutan anak lelakinya itu mengalami keadaan bayi kolik hampir setiap hari selepas dilahirkan.

Katanya, nama anak pertama dan kedua, Aeril yang pilih namun kedua-duanya asyik menangis. Anak yang ketiga, dia yang pilih dan nampaknya okay sahaja.

Baca juga Bergelar juara GV8, RM100,000 milik Aliff Aziz

Nama Jibril Ibtisan, Aeril yang bagi tapi bayi selalu meragam. Asyik menangis sehingga dua jam. Keadaan itu dikenali bayi kolik.

wawa zainal aeril

Kata pelakon filem Sabda Kekasih itu lagi, dia mengetahui nama anaknya itu telah ditukar setelah mendapat panggilan daripada pusat akikah mengatakan Muhammad Fahri sudah selamat diakikahkan.

"Tiba-tiba saya dapat notifikasi daripada pusat akikah mengatakan Muhammad Fahri dah selamat diakikahkan.

"Kiranya dua kali kami buat akikah untuk anak keempat ini. Aeril betul-betul ambil serius, dia terus tukar nama," katanya pada portal tempatan.

Baca juga Rumah tangga dikatakan sedang bermasalah, isteri Mawi kesal difitnah

Terdahulu, Wawa telah selamat melahirkan anak keempat mereka seminggu lebih awal iaitu pada 30 November lalu.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata sebelum ini iaitu Ahmad Fakhruddin Attar,8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa,6, dan Ayya Soffya kini berusia dua tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca